Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badminton: Terbuka Singapura dari 9 hingga 14 April

Jan 15, 2019 | 7:05 PM
BADMINTON TERBUKA SINGAPURA: Orang ramai berpeluang bertemu dengan Loh yang berjaya menewaskan Lin Dan dari China baru-baru ini di pertandingan Badminton Terbuka Singapura April ini.
BADMINTON TERBUKA SINGAPURA: Orang ramai berpeluang bertemu dengan Loh yang berjaya menewaskan Lin Dan dari China baru-baru ini di pertandingan Badminton Terbuka Singapura April ini. - Foto BADMINTON TERBUKA SINGAPURA

SEDANG Singapura masih ghairah atas kejayaan pemain badminton Singapura, Loh Kean Yew, menewaskan juara Olimpik dua kali, Lin Dan dari China, Ahad lalu (13 Januari), mereka boleh menyaksikan lebih banyak aksi bertaraf dunia dalam pertandingan Badminton Terbuka Singapura tidak lama lagi.

Pertandingan yang akan diadakan di Stadium Tertutup Singapura itu akan berlangsung dari 9 hingga 14 April.

Dengan hadiah wang tunai berjumlah AS$355,000 ($480,000) untuk dimenangi, pertandingan ini merupakan acara Super 500 event.

Antara nama besar yang akan ditampilkan termasuk pasangan beregu campuran, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon dari Malaysia, yang memenangi pingat perak semasa Sukan Olimpik 2016.

Juara dunia dan juara Olimpik termasuk Kento Momota, Liliyana Natsir dan Tontowi Ahmad serta Ratchanok Intanon merupakan antara mereka yang telah memenangi gelaran juara dalam pertandingan itu sebelum ini.

Dalam pada itu, pemegang tiket platinum juga berpeluang bertemu dengan Loh di acara itu.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket menerusi Sports Hub Tix dan APACTix.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg