Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Bai bersara

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN pertahanan veteran Singapura Baihakki Khaizan telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak selepas 18 tahun membina kerjaya profesional dalam sukan itu.



Baihakki, 38 tahun, yang beraksi secara profesional buat julung-julung kali bersama Geylang United pada 2003, mengumumkan persaraannya semalam - tarikh sama dengan ulang tahun beliau - dalam satu pos berbentuk video di Instagram.



Sepanjang kerjayanya, Baihakki telah 142 kali mewakili pasukan nasional - yang kedua paling banyak selepas pemain bek tengah Daniel Bennett (146 penampilan).



Beliau juga menjaringkan lima gol dalam tempoh itu.



Bersama pasukan Singa, beliau menjulang trofi Piala Suzuki AFF tiga kali (2004, 2007 dan 2012) dan menang pingat gangsa dalam Sukan SEA 2007.



Baihakki adalah antara pemain setempat yang paling kuat menyerantau, dan menyarung jersi beberapa kelab Asia Tenggara sepanjang kerjayanya.



Ini termasuk kelab Malaysia Johor Darul Takzim, tiga kelab di Indonesia - Persijia Jakarta, Persib Bandung dan Medan Chiefs - dan empat kelab Thai - Muangthong United, Udon Thani, Trat dan PT Prachuap.



Beliau turut mewakili LionsXII - kelab dianggotai kebanyakan pemain nasional yang beraksi dalam Liga Super Malaysia dari 2012 hingga 2015.



Tempoh bersama LionsXII antara yang paling berjaya bagi Baihakki di peringkat kelab, apabila LionsXII menjuarai Liga Super Malaysia pada 2013.



Tahun itu juga dianggap tahun cemerlang bagi Baihakki yang dinobat Pemain Pertahanan Terbaik di Anugerah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan disertakan dalam Kesebelasan Utama Terbaik Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF).



Pada 2020, Baihakki menamatkan tempoh tiga tahun beraksi di Thailand untuk menyertai kelab Liga Perdana Singapura Tampines Rovers selama satu setengah musim.



Montaj video selama lebih 50 minit itu bertajuk 'The Baihakki Story: A New Beginning' atau Kisah Baihakki: Sebuah Permulaan Baru.



Ia merupakan ucapan persaraan daripada ahli politik, bekas jurulatih, rakan sepasukan dan juga sahabat handai Baihakki.



Video yang dimuat naik Baihakki di Instagram tengahari semalam dimuatkan dengan kapsyen berupa ucapan kepada isterinya Norfasarie Mohd Yahya : "Hadiah hari lahir yang terbaik pernah saya terima. Terima kasih sayangku @norfasarie."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >