Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bai ucap 'bye bye'

Mar 8, 2019 | 1:05 PM
BAKAL BERSARA: Baihakki umum akan bersara daripada pasukan nasional menerusi laman Facebook beliau.
BAKAL BERSARA: Baihakki umum akan bersara daripada pasukan nasional menerusi laman Facebook beliau. - Foto FAIL BERITA HARIAN

PEMAIN bola sepak negara Baihakki Khaizan mengumumkan akan bersara daripada pasukan nasional.

Menerusi laman Facebook beliau, pemain berusia 35 tahun itu turut merakamkan penghargaannya kepada pelbagai pihak termasuk keluarganya, mantan jurulatih negara Raddy Avramovic dan Bernd Stange serta peminatnya.

Bapa tiga anak itu menyarungkan jersi pasukan negara buat kali pertama pada 4 Ogos 2003.

"Terima kasih kepada semua orang dan saya harap saya telah memberikan yang terbaik.

"Saya minta maaf kalau pernah melakukan kesilapan. Dan saya akan menyertai anda semua... melakukan Kallang Roar bersama sebagai satu Singapura," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg