Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Baihakki mohon maaf atas rakaman papar ketawa selepas S'pura tewas

Jan 07, 2023 | 05:30 AM



BEKAS pemain pertahanan nasional Baihakki Khaizan telah memohon maaf selepas beliau dilihat tersenyum dan ketawa, menyusuli kekalahan 1-4 Singapura kepada Malaysia dalam Piala AFF pada Selasa lalu.



Semasa siaran langsung, kamera video telah diarah ke bahagian VIP di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur, di mana Baihakki duduk bersama peminat Malaysia.



Perbuatan itu mengundang kritikan daripada beberapa penyokong Singapura, yang meluahkan perasaan mereka di media sosial.



Baihakki, bersara pada Februari 2022 dan kini berperanan sebagai duta dan menerajui projek khas bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



Sejurus selepas perlawanan itu, yang berakhir dengan Singapura tersingkir dari Piala AFF, Baihakki, 38 tahun, telah menerbitkan pos di Facebook yang mengatakan beliau menyesali insiden tersebut.



Beliau berkata kejadian itu malang, kerana kamera secara kebetulan berpaling ke arahnya semasa beliau ketawa berhubung perkara lain yang tiada kaitan dengan apa yang sedang berlaku di padang.



Menurut Baihakki, seharusnya kamera juga merakamkan aksi beliau semasa menunjukkan kekecewaannya.



"Saya harap kamera menunjukkan masa saya memecahkan botol apabila gol dibolosi," keluhnya.



Beliau menambah, "Namun, saya minta maaf atas salah faham ini."



Baihakki telah memenangi tiga kejuaraan Piala AFF bersama pasukan nasional dan pada 2013, memenangi piala Liga Super Malaysia bersama LionsXII.



Beliau juga pernah beraksi di Indonesia, Thailand dan menyarung jersi Johor Darul Ta'zim di Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >