Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG KEJOHANAN BOLA SEPAK WANITA AFF

Bakat muda SG teruja aksi di pentas berprestij AFF

Irsalina, pelajar Sekolah Menengah Queensway, juga tampil sebagai pemain ke-6 termuda untuk sarungi jersi skuad nasional wanita semasa diturunkan dalam ujian menentang HK baru-baru ini
Jul 02, 2022 | 05:30 AM



IBARAT kecil-kecil cili api.



Remaja ini mungkin masih lagi di bangku sekolah, namun apabila di padang bola sepak, dia tidak gentar menonjolkan taringnya.



Bahkan, bakatnya menyerlah dan Irsalina Irwan, 15 tahun, kini mendapati dirinya beraksi di pentas besar bola sepak wanita negara.



Pelajar menengah empat Sekolah Menengah Queensway itu membuat penampilan sulungnya untuk skuad senior negara minggu lalu ketika Singapura tumpas 0-4 di tangan Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar.



Pada usia 15 tahun dan 173 hari, Irsalina menjadi pemain keenam termuda untuk mewakili pasukan wanita Singa.



Menyarung jersi kelab Albirex Niigata, dia juga merupakan pemain termuda dalam Liga Perdana Wanita Deloitte, yang bermula sejak hujung Mei lalu.



Sebulan sebelumnya, Irsalina membantu pasukan sekolahnya merangkul kejuaraan Divisyen B Antara Sekolah-Sekolah Nasional tahun ini.



Menyifatkan peningkatannya sejak kebelakang ini sebagai "rezeki yang datang bergolek", Irsalina, yang berseragam sekolah ketika diwawancara melalui Zoom pada petang Rabu lalu, memberitahu Berita Harian (BH):



"Selepas kemenangan bersama (Sekolah Menengah) Queensway, ia pula satu pengiktirafan untuk terpilih bermain bersama Albirex dalam liga setempat. Impian saya kemudian menjadi nyata apabila dipanggil menyertai skuad senior nasional.



"Segalanya berlaku dengan pesat… apatah lagi pada usia muda ini."



Irsalina, yang bergiat dalam bola sepak sejak usia sembilan tahun, berkongsi bahawa bapa dan dua adik lelakinya menjadi titik permulaan penglibatannya dalam sukan ini.



"Setiap hujung minggu, bapa saya akan membawa kami adik-beradik ke Taman West Coast untuk bermain bola. Pada awalnya, ia hanya untuk melatih adik-adik saya yang minat bola sepak.



"Kemudian, saya mendapati sukan ini seronok dan fikir mengapa tidak saya cuba sesuatu yang baru," katanya, yang pernah menceburi tarian Melayu di sekolah rendah.



Di kala peluang yang datang bergolek untuk Irsalina, ia juga bermakna dia perlu mengimbangi bola sepak dan pelajaran.



Ini, menurut Irsalina, adalah "satu cabaran besar" kerana dia bakal menduduki peperiksaan peringkat 'N' tahun ini.



"Saya sehingga perlu mengorbankan tidur untuk pastikan pelajaran saya tidak terabai.



"Ada banyak kali juga rasa tertekan... macam nak putus asa tetapi ibu bapa saya dan guru di sekolah sentiasa ada untuk memberikan sokongan," jelasnya.



Irsalina bakal menakluki pentas yang lebih besar apabila beraksi dalam Kejohanan Wanita AFF mulai lusa hingga 17 Julai ini di Manila, Filipina - sebahagian skuad seramai 27 pemain yang dipilih mewakili Singapura dalam kejohanan bola sepak wanita Asean berprestij itu.



Teruja diberi peluang mewakili negara di Manila, Irsalina menambah:



"Saya berharap dapat melakukan yang terbaik mungkin untuk membuktikan kepada semua bahawa meskipun saya muda, saya berupaya beraksi."



Daripada bilangan pemain itu, lebih separuh berusia 22 tahun dan ke bawah, dengan ketua jurulatih Stephen Ng menekankan pentingnya penglibatan pemain muda dalam pembangunan pasukan senior nasional.



"Ia penting bagi pasukan nasional untuk sentiasa memperbaharui skuad. Usaha membangunkan dan menyerapkan bakat muda adalah langkah positif bagi pembangunan bola sepak negara," kata Ng dalam satu sidang media baru-baru ini.




SEKILAS KEJOHANAN



Singapura lwn Malaysia

4 Julai, 4 petang

Stadium Rizal Memorial



Filipina lwn Singapura

6 Julai, 7 malam

Stadium Rizal Memorial



Thailand lwn Singapura

8 Julai, 7 malam

City of Imus Grandstand



Singapura lwn Australia

10 Julai, 4 petang

Stadium Rizal Memorial



Indonesia lwn Singapura

12 Julai, 7 malam

Stadium Bola Sepak Binan



Skuad Singapura:



Penjaga gawang

Georgia Khoo, Noor Kusumawati Rosman, Nurul Haziqah Haszman dan Beatrice Tan



Pemain pertahanan

Ernie Sontaril, Fatin Aqillah Ridzwan, Mastura Jeilani, Nadhra Aqilah Saiful, Nur Syafiqah Peer, Nur Syazwani Ruzi, Nur Umairah Hamdan dan Putri Syaliza Sazali



Pemain midfield

Alyssa Yazrin, Dorcas Chu, Dhaniyah Qasimah, Irsalina Irwan, Lila Tan, Venetia Tan, Nurhidayu Naszri, Nur Afiqah Omar, Nur Farhanah Ruhaizat dan Stephanie Dominguez



Pemain Penyerang

Claire Marie Tay, Danelle Tan, Nicole Lim, Nur Izzati Rosni dan Summer Chong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >