Premium
Bale atasi rekod penjaring gol terbanyak Wales
Mar 24, 2018 | 5:30 AM

CEMERLANG: Gareth Bale meraikan kejayaan hatriknya untuk muncul sebagai penjaring gol terbaik Wales semasa menewaskan China kelmarin. - Foto REUTERS -
BEIJING: Bintang penyerang Wales, Gareth Bale, mengukir sejarah unik apabila mengatasi rekod legenda Liverpool, Ian Rush, untuk menjadi penjaring terbanyak pasukan negaranya kelmarin.
Kejayaan hatrik Bale itu turut memberikan Ryan Giggs permulaan cemerlang dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus baru Wales dengan kemenangan besar 6-0 ke atas China di kejohanan empat penjuru Piala China di Nanning.

