Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bale belum mahu bersara... sudah fokus pada Euro 2024

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Kapten Gareth Bale berkata beliau akan terus bermain untuk Wales "selagi beliau diperlukan" selepas tewas di tangan England sekali gus tersingkir dari Piala Dunia.



Kekalahan 0-3 di Stadium Ahmad bin Ali di Doha bermakna Wales menamatkan kempen Piala Dunia yang mengecewakan di tangga terakhir kumpulan B.



Bagaimanapun, Bale berikrar untuk kembali ke pertandingan antarabangsa apabila Wales memulakan kelayakan Euro 2024 pada Mac.



"Hanya kerana kami mengharungi kejohanan yang sukar, ia tidak bermakna penghujung era," kata pemain berusia 33 tahun itu.



"Ia adalah saat yang sukar sekarang tetapi kami harus terus mencuba.



"Kami ada beberapa bulan untuk memisahkan fikiran kami daripada kejohanan yang mengecewakan. Kami tentu ingin kekal di Piala Dunia lebih lama, tetapi kami akan cuba lagi pada Mac.



"Saya akan teruskan selagi saya boleh dan selagi saya diperlukan," tambah Bale.



Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa bekas penyerang Real Madrid dan Tottenham itu akan bersara selepas Piala Dunia ini.



Ini adalah kali pertama Wales bersaing dalam kejohanan ini sejak 1958.



Wales, yang diurus jurulatih Rob Page, pulang dari Qatar dengan hanya meraih satu mata daripada tiga perlawanan kumpulan.



Bale, pemain yang membuat penampilan terbanyak bagi Wales, adalah salah seorang daripada beberapa pemain senior dalam pasukannya.



Beliau tidak setuju dengan pendapat umum bahawa pasukan Page akan menjalani tempoh peralihan selepas Piala Dunia ini berakhir.



"Kami menantikan Mac dan perlawanan kelayakan Euro 2024. Kumpulan ini kekal bersama. Kami mempunyai semangat berpasukan yang hebat dan kami akan mara lagi, seperti selalu," ujar Bale.



Bale digantikan dengan Brennan Johnson pada separuh masa menentang England. Beliau berkata selepas perlawanan bahawa beliau ada masalah hamstring.



Wales tewas di tangan Iran selepas seri dengan Amerika Syarikat pada perlawanan pembukaan. Mereka seterusnya memberi England kemenangan mudah dalam perlawanan selanjutnya.



Page berkata Wales tidak seharusnya kecewa walaupun gagal mara ke peringkat seterusnya buat pertama kali dalam empat penampilan kejohanan utama mereka.



"Saya rasa pada separuh masa pertama kami cemerlang - usaha yang kami lakukan tanpa bola adalah luar biasa," kata Page mengenai prestasi pasukannya menentang England.



"Kami berbincang pada separuh masa bahawa kami mampu meningkatkan prestasi tetapi saya tidak ada apa-apa yang kurang baik untuk dikatakan tentang pemain saya. Mereka telah memberikan segala-galanya.



"Kami perlu membina masa depan sekali lagi sekarang. Layak ke Piala Dunia adalah pencapaian yang sukar dipercayai untuk kumpulan pemain ini," tambahnya. - Agensi berita.




"Hanya kerana kami harungi kejohanan yang sukar, ia tidak bermakna penghujung era.
Ia saat yang sukar sekarang tetapi kami harus terus mencuba.
Kami ada beberapa bulan untuk memisahkan fikiran kami daripada bola sepak antarabangsa yang mengecewakan. Kami tentu ingin kekal di Piala Dunia lebih lama tetapi kami akan cuba lagi pada Mac (kelayakan Euro 2024).
Saya akan teruskan selagi saya boleh dan selagi saya diperlukan.''
- Gareth Bale memberi kata-kata perangsang kepada rakan sepasukan selepas kalah 0-3 di tangan England dan tersingkir dari Piala Dunia Qatar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >