Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Bale bersara

Pernah jadi pemain termahal di dunia, menang Liga Juara-Juara lima kali bersama Real Madrid
Jan 11, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Gareth Bale mengumumkan persaraannya daripada bola sepak sebagai salah seorang pemain terhebat Britain selepas mencipta kerjaya menakjubkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.



Pemain Wales itu pernah menjadi pemain termahal di dunia apabila berpindah ke Real Madrid daripada Tottenham pada 2013, dan memenangi Liga Juara-Juara lima kali bersama kelab gergasi Sepanyol itu.



Bagaimanapun, beliau lebih diingati dan disayangi di negaranya kerana pencapaianya membawa Wales ke peringkat tertinggi dalam saingan antarabangsa, iaitu dua Kejohanan Eropah dan Piala Dunia pertamanya sejak 1958.



Pada kemuncak kerjayanya, Bale menjadi inspirasi kepada Wales selepas membawa pasukan itu ke peringkat separuh akhir Euro 2016 dalam kejohanan antarabangsa utama pertama mereka selepas 58 tahun.



Pemain berusia 33 tahun itu menutup tirai kerjayanya dengan rekod 111 penampilan antarabangsa bersama Wales dan 41 gol.



"Perjalanan saya di pentas antarabangsa adalah satu perjalanan yang mengubah bukan hidup saya sahaja, malah diri saya," kata Bale dalam satu surat kepada penyokong Wales.



"Saya berasa sungguh bertuah menjadi rakyat Wales, dan dipilih bermain dan bergelar kapten pasukan negara ini memberi saya sesuatu yang tidak boleh dibandingkan dengan apa yang saya sudah lalui."



Kerjaya Bale bermula di Southampton, apabila beliau membuat penampilan sulungnyapada usia hanya 16 tahun dan menarik perhatian semasa hanya satu musim penuh dalam liga Championship.



Pada 2007 beliau menyertai Tottenham Hotspurs, tetapi perjalanannya ke kemuncak tidak sentiasa mudah.



Bale tidak merasai kejayaan dalam 24 penampilan pertamanya dalam Liga Perdana England (EPL) buat kelab London itu selepas lebih dari dua tahun.



Bagaimanapun tidak lama selepas itu, beliau menandakan kemunculannya di bahagian pertahanan kiri Tottenham dalam dua aksi menentang juara bertahan Eropah Inter Milan pada 2010, yang menjadikannya antara pemain tumpuan.



Bale menjaringkan hatrik walaupun pasukannya kalah 4-3 di San Siro, sebelum Spurs membalas dendam dengan kemenangan 3-1 di White Hart Lane.



Beliau menamatkan musim itu selaku Pemain Terbaik EPL, dan memenangi anugerah itu kali kedua pada 2012/13 selepas peranannya bertukar kepada bahagian serangan.



Selepas enam musim dalam EPL, Bale menandatangani kontrak bersama gergasi bola sepak Eropah Real Madrid pada bayaran yang dilaporkan oleh media Britain sebagai rekod dunia sebanyak 100 juta euro ($107.45 juta). - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >