Premium
Bale kembali ke Spurs, satu kemungkinan
Mourinho ingin dapatkan khidmat pemain asal Wales itu sebelum jendela pemindahan tutup
Sep 17, 2020 | 5:30 AM
LONDON: Tottenham Hotspur dikatakan sedang mengadakan rundingan dengan penyerang Wales, Gareth Bale, dari Real Madrid selain turut 'memburu' rakan sepasukan Bale di kelab Sepanyol itu, Sergio Reguilon.
Bale, 31 tahun, meninggalkan Spurs untuk menyertai Real pada 2013 dengan bayaran pemindahan £85 juta ($149 juta) - satu rekod dunia ketika itu - dan sejak itu telah menjaringkan lebih 100 gol dan memenangi empat piala Liga Juara-Juara Eropah.

