Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bale raih kedudukan baik dalam aksi pertama

Feb 4, 2023 | 5:30 AM
BERMAIN BAIK: Bale dalam kedudukan baik selepas pusingan pertama dalam penampilan sulungnya di pertandingan golf PGA Tour Pebble Beach Pro-Am. - Foto AFP
BERMAIN BAIK: Bale dalam kedudukan baik selepas pusingan pertama dalam penampilan sulungnya di pertandingan golf PGA Tour Pebble Beach Pro-Am. - Foto AFP -

CALIFORNIA: Gareth Bale kini dalam kedudukan baik selepas pusingan pertama dalam penampilan sulungnya di pertandingan golf PGA Tour Pebble Beach Pro-Am.

Bekas pemain midfield Real Madrid berusia 33 tahun itu, bersama rakan profesional, Joseph Bramlett, bermula dengan tujuh di bawah par 65 di litar Spyglass Hill.

Antara kehebatan yang dipamerkan kapten bola sepak antarabangsa Wales itu termasuk pukulan penyelamat daripada sebelah lereng bukit untuk menyelamatkan par semasa di lubang kedua.

"Ia satu pukulan hebat," kata Bale yang bersara daripada bola sepak pada 9 Januari lalu.

"Saya cuba bermain dan berharap untuk raih yang terbaik, seperti mana yang dipamerkan para pemain golf amatur lain.

"Pastinya ia sesuatu yang menarik apabila bola golf itu bergolek dekat dengan lubang.

"Saya akhirinya dengan cantik. Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi."

Bale yang mempunyai dua handicap mengumumkan persaraannya daripada bola sepak sejurus memimpin Wales di kejohanan Piala Dunia di Qatar.

Beliau menyertai para pelakon seperti Bill Murray dan Jason Bateman, rapper Mackelmore dan pemain ragbi Amerika Aaron Rodgers, sebagai antara 156 pemain amatur yang menyertai pertandingan itu yang berlangsung sehingga esok.

Antara para pemain profesional yang turut serta adalah juara Terbuka Amerika asal England, Matt Fitzpatrick dan bekas juara Justin Rose. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg