Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Bale rancang kembali ke Real Madrid

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



LEUVEN (Belgium): Kapten Wales Gareth Bale berkata beliau menjangka kembali ke Real Madrid pada musim depan, selepas tempoh pinjaman di Tottenham Hotspur berakhir.



Bale, yang mengukir nama sebagai pemain bola sepak yang disegani di Spurs sebelum meninggalkan kelab di London itu untuk berpindah ke Madrid telah menyertai Spurs semula sejak September lalu.



Namun, beliau menyertai Spurs dengan kontrak pinjaman semusim dan selepas musim ini, mempunyai kontrak setahun lagi dengan Real.



Kontrak itu luput pada musim panas 2022.



Bale, 31 tahun berkata demikian kepada wartawan menjelang pertemuan antara Wales dengan Belgium dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pagi tadi.



"Keadaan ini tidak menggugat keyakinan diri saya atau mengalihkan tumpuan saya," kata Bale, menjawab pertanyaan seorang wartawan mengenai masa depan di peringkat kelab yang mungkin menjejas 'form' di peringkat antarabangsa.



"Sebab utama saya berpindah ke Spurs bagi musim ini adalah untuk beraksi di padang bola sepak... itulah tumpuan saya.



"Menjelang Kejohanan Eropah (Euros) pada musim panas ini, saya ingin menambah kecergasan diri saya. Memang dalam perancangan saya bahawa saya akan berkhidmat semusim di Spurs dan kemudian kembali ke Real untuk menghabiskan kontrak di sana selepas (Euros)," ujar Bale.



"Itulah rancangan saya dan itulah yang saya jangka akan lakukan nanti."



Bale telah memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, dua kejohanan La Liga, satu piala Copa del Rey, tiga Piala Super Uefa dan tiga Piala Dunia Kelab bersama Real.



Namun, gabungan kecederaan jangka panjang, 'form' yang kurang konsisten dan hubungan yang rapuh dengan pengurus Zinedine Zidane bermakna Bale tidak lagi dianggap sebagai pemain tunggak di kelab itu.



Justeru, beliau dipinjamkan ke Spurs pada September lalu, kelab yang pertama kali disertainya daripada Southampton pada usia 17 tahun pada 2007.



Di awal tempoh kedua di Spurs, Bale bergelut untuk menyerlah dan gagal menunjukkan potensinya.



Pengurus Spurs, Jose Mourinho pula mengehadkan masanya di padang.



Namun, kebelakangan ini, 'form' Bale telah bangkit dan beliau telah menjaringkan 10 gol dalam 25 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.



Form di peringkat kelab itu diharap dapat diulangi di peringkat antarabangsa semasa Wales menentang Belgium.



Selain Wales, beberapa negara lain juga memulakan kempen kelayakan malam tadi.



Antaranya, Belanda bertemu Turkey, sementara Perancis berentap dengan Ukraine. Portugal pula bertemu Azerbaijan. - Agensi berita.




"Tiada gangguan buat saya. Saya rasa sebab utama saya datang ke Spurs tahun ini ialah untuk bermain bola sepak. Untuk ke Euro saya mahu mendapatkan kecergasan sebenar. Perancangan asal ialah menghabiskan semusim di Spurs dan selepas Euro masih ada semusim di Real Madrid. Perancangan saya ialah kembali ke sana, itu yang sudah saya rancang."
- Gareth Bale.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >