Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bale sambung kerjaya dengan Los Angeles FC

Jun 28, 2022 | 5:30 AM
TAHUN PENTING: Bintang Wales, Gareth Bale, dilapor akan beraksi dalam bola sepak Amerika sebagai persiapan membantu negaranya di Piala Dunia Qatar November ini. - Foto REUTERS
TAHUN PENTING: Bintang Wales, Gareth Bale, dilapor akan beraksi dalam bola sepak Amerika sebagai persiapan membantu negaranya di Piala Dunia Qatar November ini. - Foto REUTERS -

LONDON: Sejak Gareth Bale bantu memastikan Wales akan bermain dalam Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958, terdapat hanya satu persoalan dalam minda rakan senegaranya - kelab mana yang akan beliau sertai, dan bermain sebagai persediaan untuk pertandingan sebesar itu?

Jawapannya diketahui Sabtu lalu: Selepas kontraknya dengan Real Madrid berakhir, Bale, 32 tahun, bersetuju untuk sertai Los Angeles FC (LAFC) dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat.

Pemindahan itu akan memberinya peluang bermain secara kerap, iklim panas yang selesa dan sehingga lima bulan permainan untuk menajam permainannya sebelum wisel mula Piala Dunia di Qatar pada November ini.

Kelab LAFC telah mengesahkan tandatangan kontrak itu di akaun media sosialnya Sabtu lalu, dan seorang pegawai MLS yang dekat dengan pemeteraian kontrak mengesahkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi.

Malah beberapa jam kemudian, Bale mengesahkan dalam Twitter beliau:

"Jumpa anda di Los Angeles, tidak lama lagi," dalam kapsyen video beliau memakai jersi LAFC.

Musim lalu, LAFC mengakhiri wilayah Western Conference di tangga kesembilan.

Namun pasukan pimpinan Steve Cherundolo itu telah mengukuhkan pasukannya dengan mendapatkan khidmat bekas bintang pertahanan Italy, Giorgio Chiellini, yang sertai kelab itu selepas kontraknya dengan Juventus tamat. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg