Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kibar tinggi bendera Singapura

Setelah bertahun-tahun berkorban masa dan tenaga bagi latihan dan persiapan, kemuncaknya tiba untuk atlet Singapura bersaing selama 17 hari di Sukan Olimpik. Namun, 17 hari itu bukan hanya masa untuk menguji kebolehan masing-masing di pentas terbesar sukan, bahkan juga detik penting dalam hidup atlet yang dengan bangga mengibarkan bendera Singapura di Tokyo. BERITA HARIAN menyingkap semula detik-detik pahit manis Team Singapore di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Aug 09, 2021 | 05:30 AM



PEMAIN badminton Loh Kean Yew dan pemain tenis meja Yu Mengyu membawa bendera negara di majlis pembukaan Sukan Olimpik Tokyo pada 23 Julai.



Cipta sejarah bersaing rebut pingat



PELAYAR kapal Kimberly Lim dan Cecilia Low ketika beraksi di acara 49er FX wanita di Pelabuhan Kapal Layar Enoshima pada 30 Julai.



Pasangan itu mencipta sejarah selepas menjadi pelayar pertama Singapura menempah tempat dalam perlumbaan pingat di Sukan Olimpik.



Kedudukan tempat ke-10 mereka, daripada 21 pesaing, adalah keputusan terbaik negara di temasya sukan itu. 



Bangga jadi peserta sulung



PERENANG maraton Chantal Liew mengukir senyuman selepas bersaing dalam 10 kilometer renang maraton di Taman Marin Odaiba pada 4 Ogos.



Beliau merupakan warga Singapura pertama bersaing dalam acara itu di Sukan Olimpik. 



Tidak ada nasib...



REAKSI atlet ekuestrian Caroline Chew semasa pertandingan kelayakan dressage individu di Taman Ekuestrian pada 25 Julai.



Chew, dan kudanya, Tribiani, terpaksa disingkirkan selepas pengadil mendapati pendarahan di bahagian mulut haiwan tersebut.



Schooling gagal



PERENANG Joseph Schooling ketika bertanding dalam pusingan saringan kupu-kupu 100 meter lelaki di Pusat Akuatik Tokyo pada 29 Julai.



Schooling, yang berjaya meraih satu-satunya pingat emas Sukan Olimpik negara, gagal mempertahankan kejuaraannya dalam acara ini.



Di Rio 2016, beliau menang dengan masa 50.39 saat. Namun, kali ini tersingkir di pusingan saringan selepas mencatat masa 53.12 saat. 



Terbaik walau terlepas gangsa



PEMAIN tenis meja Yu Mengyu ketika beraksi menentang Mima Ito dari Jepun dalam perlawanan pingat gangsa perseorangan wanita di Gimnasium Metropolitan Tokyo pada 29 Julai.



Yu tewas dalam perlawanan itu namun mencatat persembahan terbaiknya dalam acara itu, tempat keempat, di Sukan Olimpik.



Di Rio 2016, beliau terkandas di suku akhir dalam penampilan sulungnya di temasya sukan itu. 



Bersaing dengan terbaik dunia



PELARI pecut Shanti Pereira ketika beraksi dalam saringan lari pecut 200 meter wanita di Stadium Olimpik Tokyo pada 2 Ogos.



Beliau mencatat masa terbaik musim 23.96 saat, meskipun gagal ke separuh akhir. 



Berpeluang berpedang dengan jaguh no 1 dunia



PELAWAN pedang Kiria Tikanah Abdul Rahman ditenangkan oleh jurulatihnya Henry Koh selepas satu perlawanan 'epee' perseorangan wanita di Dewan Makuhari Messe pada 24 Julai.



Kiria, 21 tahun, menjadi pelawan pedang pertama menang perlawanan di Sukan Olimpik selepas mengalahkan Coco Lin dari Hong Kong (nombor 90 dunia) dalam perlawanan kelompok 64 pesaing 'epee' perseorangan wanita, sebelum kalah di pusingan seterusnya di tangan pemain nombor satu dunia Ana Maria Popescu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >