Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bantahan di Old Trafford cerminkan hubungan tegang penyokong-pemilik bertahun lamanya

May 04, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Bantahan di Old Trafford oleh penyokong Manchester United semalam, yang menyebabkan perlawanan Liga Perdana England dengan Liverpool ditunda dicetus oleh tindakan pemiliknya untuk menyertai projek Liga Super Eropah yang dijangka memecah belahkan sistem bola sepak di negara itu.



Bantahan itu adalah yang ketiga oleh penyokong United kebelakangan ini, menyusuli satu bantahan di tempat sama pada minggu lalu dan insiden di mana penyokong memasuki padang latihan United beberapa hari sebelum itu.



Namun, pemerhati bola sepak, seperti kumpulan Amanah Penyokong Manchester United (MUST) berkata sentimen tidak puas hati dengan keluarga Blazer itu telah dipupuk sejak lama dahulu, dan insiden terkini ini hanya bak pemangkin.



"Perbuatan Glazer, untuk mendagangkan kelab ini kepada Liga Super Eropah dan menggunakan kita sebagai mesin wang peribadi tidak boleh dimaafkan," kata jurucakap MUST.



"Pemerintah harus bertindak, mewakili sentimen pihak awam dan memastikan pemilik seperti Glazer tidak boleh merampas kuasa sebagai pemilik saham tunggal."



Seorang lagi penyokong Mike Parrott memberitahu BBC bahawa cara bantahan semalam, yang merosakkan harta-benda awam, tidak wajar, tetapi penyokong berhak membantah.



Penyokong United yakin pemilik kelab itu hanya pedulikan wang dan dalam memburu kekayaan, mengabaikan sentimen penyokong dan tradisi kelab berusia 149 tahun itu.



Selepas keluarga Glazer mengambil alih kepimpinan kelab, United, yang sebelum itu tidak menanggung hutang yang banyak, dengan sekelip mata menanggung hutang menimbun yang dikaitkan dengan cara Glazer memperoleh kelab itu, apabila £790 juta ) ($1.45 bilion) bertukar tangan.



Penyokong United percaya Glazer seharusnya menggunakan wang sendiri untuk memperoleh kelab, dan bukan dengan cara berhutang menggunakan nama kelab itu.



Mengikut akaun terkini kelab itu, yang diterbitkan pada 4 Mac 20201, United sedang menanggung hutang £455.5 juta



Pakar ekonomi menganggarkan, selepas mengambil kira kos kewangan umum, faedah dan dividen, kos mengambil alih United sebagaimana yang dilakukan oleh Glazer adalah melebihi $1 bilion.



Perkara ini bukan suatu yang baru.



Ramai penyokong United kurang berpuas hati dengan keadaan ini dan mempersoal mengapa pengurus bertaraf ikon Sir Alex Ferguson selalu mempertahankan keluarga Glazer dengan berkata mereka menyokongnya di pasaran pemain.



Justeru, kempen anti-Glazer bermula pada 2010 dalam warna hijau dan emas - warna jersi United pertama hampir 150 tahun yang lalu.



Pada tahun yang sama, United, yang sebelum itu memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut, pula mengalami masalah 'form' dan bergelut untuk memenangi perlawanan.



Namun sentimen penyokong tidak berubah dan mereka tetap menentang Glazer secara terbuka, bukan hanya kerana prestasi kelab di padang yang menurun, malah kerana ribuan dolar kini disalurkan dari kelab dan langsung ke bank akaun pemiliknya.



Secara objektif, keluarga Glazer juga bertanggungjawab menambah pendapatan United.



Mereka bukan sahaja memasarkan United sebagai jenama unggul di Eropah, malah menjual jenama tersebut di banyak negara-negara lain di Asia dan Afrika.



Semalam, penyokong yang membantah di Old Trafford, sekali lagi menyarung jersi dan pakaian warna hijau emas.



Kecuali sebahagian kecil yang merosakkan harta benda awam dan menyerang polis, kebanyakan bersikap tenang dan membantah secara aman, kata media di Britain.



Dalam kenyataannya, United berkata:



"Penyokong kami begitu menyayangi kelab dan kami akur mereka berhak menunjukkan perasaan mereka dengan cara yang aman.



"Namun kami kecewa kerana perkara itu telah menjejas pasukan dan meletakkan penyokong lain, kakitangan dan polis dalam bahaya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >