CAMP NOU: Barcelona di ambang penyingkiran dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah buat musim kedua berturut-turut selepas ia diikat seri 3-3 oleh Inter Milan dalam perlawanan penuh aksi di padang sendiri.
Barcelona, yang kini dipimpin bekas pemainnya, Xavi, tewas kepada pasukan yang sama di San Siro minggu lalu dan perlu memenangi perlawanan ini untuk mara ke pusingan kalah mati dari Kumpulan C.
Namun, kekalahan kedua kepada Inter itu bermakna Barcelona kekal berada di tangga ketiga, dengan Inter berada dalam kedudukan lebih kukuh untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Inter kini berada di tangga kedua kumpulan, tiga mata di depan Barcelona dan di belakang Bayern Munich yang telah menjamin tempatnya di pusingan kalah mati.
Kededua Inter dan Barcelona masih perlu menentang Bayern dan Viktoria Plzen.
Xavi berkata:
"Kami masih boleh mara ke pusingan seterusnya, tetapi harus bergantung pada keputusan pasukan lain. Keadaan ini berlaku kerana kesilapan kami sendiri dan kami harus memperbaiki diri... itulah realitinya.
"Tapi yang jelas, kami perlu cekalkan hati dan berjuang dalam semua pertandingan yang disertai."
Menambah, Xavi, yang disanjung penyokong Barcelona semasa menyarung jersi kelab itu berkata:
"Saya akur ini adalah kesilapan saya. Nasib bak tidak lagi menyebelahi kami dalam pertandingan ini." - AFP.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg