Topik diikuti
Pergi ke BHkuMengejutkan!
Barca kalah 1- 4 di kubu sendiri, Liverpool menang 2-0 di kubu lawan
Mengejutkan!
BARCELONA: Kylian Mbappe percaya Paris Saint-Germain (PSG) masih belum mencapai kemuncak prestasi terbaik mereka selepas hatriknya membantu kelab Perancis itu menewaskan Barcelona 4-1 dalam aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara di Camp Nou awal pagi semalam.
"Kami amat berpuas hati. Ia adalah perlawanan yang amat penting buat kami. Kami mahu ke sini dan menang dan kami lakukannya dengan penuh bergaya," kata Mbappe selepas membantu PSG bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan.
Kemenangan itu diraih tanpa bintang utama PSG Neymar dan Angel Di Maria yang cedera, dengan Barcelona terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti Lionel Messi pada minit ke-27.
Selain Mbappe, pemain antarabangsa Italy, Moise Kean, turut menemui sasaran dalam kemenangan PSG.
Mbappe adalah pemain kedua menjaringkan hatrik ke atas Barcelona dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou selepas Andriy Schevchenko untuk Dynamo Kiev pada 1997.
Kekalahan 4-0 kepada kelab Ukraine itu di peringkat kumpulan adalah kali terakhir Barca dibolosi empat gol di laman sendiri dalam saingan Eropah.
Barca akan bertandang ke Paris untuk aksi timbal balik pada 10 Mac nanti. - AFP, Agensi berita