Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Barca tersungkur, Liverpool mara ke pusingan kalah mati

Oct 28, 2022 | 7:46 AM
KECEWA: Pemain Barcelona begitu kecewa selepas tewas 0-3 kepada Bayern Munich di padang sendiri kelmarin, dan sekali gus tersingkir daripada Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS
KECEWA: Pemain Barcelona begitu kecewa selepas tewas 0-3 kepada Bayern Munich di padang sendiri kelmarin, dan sekali gus tersingkir daripada Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS -

BARCELONA tersingkir dari Liga Juara-Juara dan pengurusnya Xavi Hernandez berkata pasukannya harus mengetepikan kekecewaan itu secepat mungkin dan fokus untuk memperbaiki permainan mereka untuk bersaing merebut gelaran LaLiga dan Liga Europa.

Jurulatih itu tidak mencari alasan selepas Barcelona tewas 0-3 di padang sendiri kepada Bayern Munich dalam Kumpulan C kelmarin, iaitu perlawanan yang mereka hadapi walaupun tahu mereka telah disingkirkan daripada pertandingan selepas kemenangan 4-0 Inter Milan menentang Viktoria Plzen pada awal hari itu.

Barcelona hanya menang satu daripada lima perlawanan mereka dalam kumpulan dan akan terus beraksi dalam pertandingan tahap kedua Liga Europa selepas menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga buat dua tahun berturut-turut.

"Ini realiti kami dan kami harus menghadapinya. Mungkin ini yang kami perlukan, untuk dihukum supaya dapat bangkit," kata Xavi dalam satu sidang media di Camp Nou.

"Hari ini sudah tamat, terlalu lambat untuk melakukan apa-apa. Sebab utama kami berada dalam situasi ini adalah sebab kesilapan kami sendiri dalam perlawanan sebelumnya, kami gagal berkesan di bahagian serangan.

"Kami keluar dengan perasaan yang sangat buruk tetapi kami perlu menetapkan serta menyambung semula perjuangan kami bagi trofi lain yang tinggal."

Sementara itu, Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Harvey Elliott menemui sasaran untuk membantu Liverpool menang 3-0 ke atas Ajax dan mara ke pusingan kalah mati. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg