Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Barca tewas, tapi tetap ke final Liga Juara-Juara dengan agregat 5-3

May 13, 2015 | 9:17 AM
MARA KE FINAL: Neymar (membelakangkan kamera) meraikan gol yang dijaringkan dengan rakan sepasukan.
MARA KE FINAL: Neymar (membelakangkan kamera) meraikan gol yang dijaringkan dengan rakan sepasukan. -

BARCELONA melangkah ke final Liga Juara-Juara Eropah pertama sejak 2011, dengan kemenangan agregat 5-3; walau tewas 2-3 kepada Bayern Munich dalam separuh akhir kedua di Jerman awal pagi Rabu.

Bayern, yang ketinggalan tiga gol selepas separuh akhir pertama minggu lalu mencerahkan peluang menerbalikkan keputusan apabila Medhi Benatia membuka tiari jaringan seawal minit ketujuh.

Bagaimanapun, Neymar menyumbat dua gol dalam tempoh 12 minit babak pertama bagi meluaskan jaringan; sebelum Robert Lewandowski dan Thomas Muller menyumbat dua lagi gol buat Bayern dalam babak kedua.

Barcelona kini menanti Juventus atau Real Madrid di final pada 6 Jun di Berlin; dengan kelab Itali itu mendahului Real 2-1 selepas separuh akhir pertama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg