Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF 2022

Bas pasukan Thai dibaling objek; M'sia tidak puas hati dengan pengadil

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Jurucakap Polis Metro Jaya Pesuruhjaya Kanan Endra Zulpan mengesahkan bas yang membawa pasukan bola sepak kebangsaan Thailand untuk Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) kelmarin telah dibaling objek oleh penyokong yang didakwa berada di luar stadium Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta.



Menurut laporan awal dan banyak video di media sosial, insiden itu berlaku sebelum perlawanan antara Thailand dengan Indonesia, yang berakhir 1-1. Polis kini sedang memburu pelakunya.



"Kami sedang meneliti siapa yang melakukan perbuatan itu," kata jurucakap polis itu kepada wartawan kelmarin.



Bagaimanapun, beliau berkata kejadian itu bukan serangan. "Ia bukan serangan, tetapi lontaran itu berlaku," jelasnya.



Menurut penolong operasi Ketua Polis Daerah Inspektor Jeneral, Agung Setya, terdapat 1,980 anggota polis yang dikerahkan untuk Piala AFF 2022, di samping penjagaan oleh Angkatan Tentera Negara, Agensi Ketenteraman Awam, bomba, dan petugas perubatan.



Oktober lalu, lebih 130 orang terbunuh dan 320 cedera dalam kejadian rempuhan manusia menyusuli perlawanan bola sepak di Indonesia dalam salah satu bencana stadium sukan terburuk di dunia.



Insiden itu berlaku selepas perlawanan di mana kelab Jawa, Arema FC, dikalahkan seteru mereka, Persebaya Surabaya, di stadium Kanjuruhan di Kabupaten Malang, Jawa Timur.



Dalam pada itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kelmarin mengesahkan sudah menghantar surat rasmi kepada AFF.



Ia bagi menyatakan ketidakpuasan hati badan pentadbir itu mengenai mutu pengadilan dalam aksi saingan Malaysia menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, Selasa lalu.



Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, dalam kenyataan itu menjelaskan tindakan tersebut dibuat selepas Sekretariat Agung FAM mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram.



Beliau berkata jawatankuasa berkenaan sudah berbincang dan meneliti klip video beberapa insiden sepanjang perlawanan yang berkesudahan Harimau Malaya tewas 0-3.



"Susulan itu, surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan sudah pun dihantar kepada Setiausaha Agung AFF, Winston Lee, petang tadi.



"Ia bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan pentadbir bola sepak Asia Tenggara itu," katanya.



Pengadil, Ryuji Sato, dikecam hebat oleh peminat Harimau Malaya berikutan beberapa keputusan yang dibuatnya pada perlawanan itu terutama apabila memberikan penalti kontroversi kepada Vietnam pada minit ke-59. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >