SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

AS batal larangan pemain bola sepak melutut ketika lagu kebangsaan dimainkan

AS batal larangan pemain bola sepak melutut ketika lagu kebangsaan dimainkan

Jun 11, 2020 | 9:15 AM

AS batal larangan pemain bola sepak melutut ketika lagu kebangsaan dimainkan

SEDIA MELUTUT: Dalam foto fail ini yang diambil pada 18 September 2016 ini, Megan Rapinoe (bernombor #15) kelihatan berlutut semasa Lagu Kebangsaan dimainkan sebelum perlawanan antara Amerika Syarikat dan Belanda di Georgia Dome di Atlanta, Georgia.
SEDIA MELUTUT: Dalam foto fail ini yang diambil pada 18 September 2016 ini, Megan Rapinoe (bernombor #15) kelihatan berlutut semasa Lagu Kebangsaan dimainkan sebelum perlawanan antara Amerika Syarikat dan Belanda di Georgia Dome di Atlanta, Georgia. - - Foto: AFP

LOS ANGELES: Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat menyatakan semalam ia telah membatalkan dasar kontroversi yang melarang pemain berlutut semasa lagu kebangsaan berkumandang.

Dalam kenyataannya, persekutuan itu menyatakan, peraturan yang diperkenalkan pada 2017 itu adalah salah, dan mencerminkan kegagalan persekutuan itu menangani masalah orang kulit hitam.

Peraturan tersebut mewajibkan pemain mesti "berdiri dengan hormat" semasa lagu kebangsaan diperkenalkan tiga tahun lalu.

Ia berlaku selepas bintang pasukan wanita AS, Megan Rapinoe, berlutut semasa lagu kebangsaan di peringkat antarabangsa pada 2016.

Rapinoe berlutut sebagai menunjukkan perpaduan dengan bekas pemain suku akhir San Francisco 49ers, Colin Kaepernick, yang melutut kerana ingin mengetengahkan tindakan ganas polis dan penindasan yang dilakukan terhadap kaum bukan kulit putih. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg