Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK TOKYO 2021

Batalkan! Bantahan kian lantang

May 17, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Sukan Olimpik Tokyo kini hadapi masalah besar.



Ditunda selama setahun dan dijangka membuka tirainya Julai ini, temasya sukan itu menjadi isu politik hangat di Jepun, di mana 60 peratus penduduk Jepun menentang menganjurkannya pada musim panas ini di mana kurang 2 peratus penduduknya divaksin bagi Covid-19.



Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC), penganjur Sukan Olimpik tempatan dan parti memerintah Jepun mengekalkan pendirian bahawa temasya sukan itu harus terus dilangsungkan, meskipun di tengah-tengah pandemik.



Dengan kes Covid-19 memuncak di Jepun pada Januari, presiden IOC Thomas Bach mengatakan bahawa beliau ''tiada sebab untuk percaya bahawa Sukan Olimpik di Tokyo tidak akan dirasmikan pada 23 Julai.''



Beliau menambah: ''Tiada Pelan B.''



Bagi ramai penonton, apa yang paling menarik mengenai Sukan Olimpik adalah langkah berani ribuan atlet daripada pelbagai sukan berhimpun dari serata dunia untuk bersaing di satu tempat.



Memandangkan krisis kesihatan awam global sekarang, langkah ini berpotensi membawa maut.



WANG, WANG, WANG



Sudah tiba masanya untuk mendengar sains dan menghentikan permainan berbahaya: Sukan Olimpik Tokyo mesti dibatalkan.



Namun, penganjur Sukan Olimpik terus melangkah ke depan.



Terdapat tiga sebab utama: wang, wang, dan wang.



IOC dilaporkan memiliki kira-kira AS$1 bilion ($1.3 bilion) dalam simpanan, tetapi Sukan Olimpik Musim Panas adalah sumber pendapatan terbesarnya, dan bahkan koronavirus juga tidak dapat meyakinkan broker kuasa Sukan Olimpik untuk batalkan daripada menganjurkannya.



Situasi itu menunjukkan dengan jelas: penganjur Sukan Olimpik tidak bersedia mengorbankan keuntungan mereka demi kesihatan awam.



Wang penyiar menyumbang kepada 73 peratus daripada pendapatan IOC, dengan tambahan 18 peratus datang daripada rakan korporatnya.



Pada 2014, NBC Universal bersetuju mengeluarkan AS$7.75 bilion bagi hak istimewa untuk menyiarkan enam Sukan Olimpik dari 2022 hingga 2032.



Pasti, IOC dan penyiar memiliki polisi insurans, tetapi membatalkan Sukan Olimpik bermakna ia menjadikan keuntungan mewah mereka tidak berkesan.



Mac tahun lalu, pihak berkuasa memutuskan untuk menunda Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu selama setahun selepas atlet dan pegawai sukan di serata dunia mempersoalkan kewajaran menganjurkannya semasa wabak.



Sukan Olimpik dijadual semula pada Julai dan Ogos, bulan-bulan terpanas di Tokyo tetapi tempoh yang menguntungkan untuk program sukan televisyen.



IKUT SAINS



Pasukan saintis dan pegawai perubatan tegas menentang keputusan meneruskan penganjuran Olimpik. Kes Covid-19 telah meningkat di Jepun, di mana sistem kesihatannya kini terbeban.



Satu rencana British Medical Journal yang diterbitkan bulan lalu meminta agar rancangan Sukan Olimpik ''perlu difikirkan semula sebagai sesuatu yang mendesak''.



''Mengadakan Tokyo 2021 untuk tujuan politik dan ekonomi - mengabaikan imperatif sains dan moral - bertentangan dengan komitmen Jepun terhadap kesihatan global dan keselamatan manusia,'' tulisnya.



Pegawai Sukan Olimpik di Tokyo awalnya menganggarkan ia akan memerlukan 10,000 pekerja perubatan bagi temasya sukan itu.



Apabila penganjur baru-baru ini meminta khidmat 500 lagi jururawat, ia menimbulkan kemarahan di negara itu, di mana langkah tersebut dilihat sebagai menyalahguna sumber perubatan.



Setiausaha Agung Kesatuan Persekutuan Pekerja Perubatan Jepun berkata: ''Saya sangat marah dengan desakan untuk meneruskan Sukan Olimpik walaupun terdapat risiko terhadap kesihatan dan nyawa pesakit dan jururawat.



Pakar kesihatan awam Jepun juga bersatu dalam menentang temasya sukan itu.



Pengerusi Persatuan Perubatan Tokyo, Dr Haruo Ozaki, berkata: ''Ia teramat sukar untuk mengadakan temasya sukan tanpa kenaikan jangkitan, kededuanya di dalam dan luar Jepun.''



Apa respons broker kuasa Sukan Olimpik? Kenyataan yang sudah basi.



''Orang Jepun telah menunjukkan ketekunan mereka sepanjang sejarah mereka, dan hanya kerana kemampuan orang Jepun ini untuk mengatasi kesukaran, Sukan Olimpik dalam keadaan yang sangat sukar ini boleh diadakan,'' kata presiden IOC dalam satu kenyataan.



TIADA KUARANTIN, TIADA VAKSINASI DIPERLUKAN



Seramai 78,000 relawan Sukan Olimpik dilaporkan diberi sejumlah kecil pelitup, beberapa sanitiser dan slogan jarak selamat.



Bulan lalu, penganjur Sukan Olimpik mengeluarkan garis panduan khusus untuk menangani bahaya Covid-19.



Semua peserta perlu mendaftar dua ujian negatif sebelum tiba ke Jepun dan akan diuji setiap hari apabila di sana.



Mereka digesa elak daripada menaiki pengangkutan awam, dan makan di restoran dan sebaliknya, memesan makanan.



Namun, atlet tidak perlu menjalani kuarantin, mahupun divaksin.



Meskipun penonton luar negara tidak dibenar hadir, puluhan ribu orang akan tetap masuk ke Jepun untuk temasya sukan itu.



Pegawai Sukan Olimpik sering mengatakan bahawa temasya sukan itu lebih daripada sukan.



Pandemik telah mengajar kita beberapa perkara - persahabatan, keluarga, teman-teman, kesihatan awam - lebih penting daripada wang.



Hakikatnya, IOC sudah lambat menyedari hal ini, tetapi masih ada masa untuk melakukan perkara yang betul.



IOC mengawasi infrastruktur sukan yang paling luas tetapi tidak bertanggungjawab.



Kumpulan itu nampak telah jatuh di bawah kebebalan sendiri.



Meneruskan menganjurkan Sukan Olimpik berisiko bak menelan racun untuk menghilangkan dahaga kita untuk sukan.



Kemungkinan bencana 'superspreader' tidak berbaloi untuk tontonan sukan yang tidak wajib.



Sudah masanya untuk membatalkan Sukan Olimpik, tulis profesor sains politik di Universiti Pacific dan penulis buku NOlympians, dan Power Games: A Political History Of The Olympics, Profesor Jules Boykoff. - Agensi berita




PANDANGAN BERBEZA



''Mengadakan Tokyo 2021 untuk tujuan politik dan ekonomi - mengabaikan imperatif sains dan moral - bertentangan dengan komitmen Jepun terhadap kesihatan global dan keselamatan manusia.''
- Satu rencana British Medical Journal yang diterbitkan bulan lalu.



''Orang Jepun telah menunjukkan ketekunan mereka sepanjang sejarah mereka, dan hanya kerana kemampuan orang Jepun ini untuk mengatasi kesukaran, Sukan Olimpik dalam keadaan yang sangat sukar ini boleh diadakan.''
- Presiden IOC Thomas Bach dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >