Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Bayern, Chelsea mara ke suku akhir

Kemenangan 2-1 ke atas Lazio menyaksikan Bayern mara dengan agregat 6-2; pengurus Tuchel kini mahu Chelsea masuk final lepas singkir Atletico
Mar 19, 2021 | 05:30 AM



MUNICH: Juara bertahan Bayern Munich mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 6-2, selepas menundukkan Lazio 2-1 pada perlawanan kedua kelompok 16 pasukan terakhir kelmarin.



Robert Lewandowski menyempurnakan tendangan penalti, sebelum hantaran lambung penggantinya pada babak kedua, Eric Maxim Choupo-Moting, menggandakan gol Bayern.



Lazio mendapat gol sagu hati apabila Marco Parolo, yang tidak diawasi, menanduk masuk dari jarak dekat hasil hantaran daripada sepakan percuma.



Laluan mereka ke kelompok lapan pasukan terakhir menyaksikan Bayern mengatasi rekod Barcelona dengan 18 kali penampilan di suku akhir Liga Juara-Juara sejak kejohanan itu dinamakan semula daripada Piala Eropah.



Salji melanda Allianz Arena ketika perlawanan, namun Bayern tidak perlu bekerja keras. Mereka melebarkan rekod tanpa kalah dalam Liga Juara-Juara kepada 19 perlawanan sejak dua tahun lalu.



Ketua jurulatih Bayern Hansi Flick berkata dalam wawancara selepas perlawanan: "Serangan kami sangat kuat dan kami main gaya permainan berisiko tinggi. Adalah penting kami terus bermain begini dan pertahankan benteng dari bahagian depan untuk meletak lawan di bawah tekanan.



"Sekali-sekala lawan akan dapat peluang jaringan, tapi beginilah saya mahu kami bermain."



Meskipun tersingkir, bos Lazio Simone Inzaghi bangga akan persembahan yang dipamerkan anak buahnya dalam menentang Bayern, yang dianggap sebagai lawan yang sukar diatasi.



"Ada sesetengah pasukan sukar diatasi - Bayern antaranya. Kami bangga dengan perjalanan Eropah kami musim ini, melangkah daripada pusingan kumpulan tanpa kalah."



Dalam pada itu, Thomas Tuchel berkata Chelsea yang "sangat lapar" kini menyasarkan mara ke final Liga Juara-Juara, selepas Hakim Ziyech menamatkan kemarau jaringannya dalam kemenangan 2-0 ke atas Atletico Madrid pada kumpulan 16 pasukan terakhir.



Penyerang Maghribi itu meledakkan jaringan pertamanya sejak Oktober pada babak pertama di Stamford Bridge, sebelum Emerson masuk dari bangku simpanan untuk menjaring gol kedua Chelsea kelmarin.



Chelsea mara dengan kemenangan agregat 3-0 ke atas pendahulu La Liga itu.



Dengan kemenangan itu, Chelsea melebarkan catatan tanpa kalah mereka sejak Tuchel menggantikan Frank Lampard Januari lalu kepada 13 perlawanan.



Blues juga hanya melepaskan dua gol dalam tempoh singkat pengendali itu dan kini telah mencatat enam perlawanan tanpa bolos dalam semua kejohanan.



"Persembahan sangat bagus, usaha menakjubkan. Saya rasa kami memang mahukannya," kata Tuchel.



"Kami gembira melalui pertarungan ini. Pemain bersedia dan tajam. Kami amat lapar untuk meneruskannya."



Memimpin Chelsea ke kelompok lapan pasukan terakhir buat kali pertama sejak 2014 ialah sesuatu yang diidamkan Tuchel, sedang pengurus dari Jerman itu menyasarkan masuk ke final Liga Juara-Juara selepas kekalahannya ketika mengurus Paris Saint-Germain di tangan Bayern Munich musim lalu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >