Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Bayern gugur, denda Mane

Apr 15, 2023 | 05:30 AM



MUNICH: Bintang Bayern Munich Sadio Mane digugurkan daripada skuad yang bakal menentang Hoffenheim selepas beliau dilapor menumbuk rakan sepasukannya, Leroy Sane.



Media di Jerman melaporkan Mane menumbuk muka Sane menyusuli kekalahan 3-0 kepada Manchester City di Stadium Etihad pada Rabu. Mereka terpaksa dipisahkan oleh rakan sepasukan dalam insiden selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah itu.



Bayern berkata Mane, dari Senegal, digugurkan daripada skuad kerana salah tatalaku. Beliau juga akan didenda.



"Sadio Mane, 31 tahun, tidak akan disertakan dalam skuad FC Bayern bagi perlawanan menentang 1899 Hoffenheim," kata Bayern dalam kenyataannya.



"Ini disebabkan perbuatannnya menyusuli perlawanan Liga Juara-Juara di Manchester City. Mane juga akan dikenakan denda."



Akhbar Bild berkata Mane, yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Liverpool dan dua kali menjadi pemain bola sepak terbaik Afrika, mengadu tentang cara Sane, seorang warga Jerman, bercakap dengannya selepas kekalahan itu.



Setibanya di Jerman, Mane menaiki kenderaan peribadi sementara Sane menaiki bas pasukan. Kededuanya dilihat menyertai latihan bersama pada Khamis. Mereka belum mengulas mengenai insiden itu.



Bayern menerima kunjungan City bagi perlawanan kedua pada suku akhir Liga Juara-Juara itu Rabu ini.



Mane menyertai Bayern dari Liverpool pada harga £35 juta ($58 juta) dalam kontrak tiga tahun pada Jun 2022, sejurus sebelum penyerang asal Robert Lewandowski pindah ke Barcelona.



Beliau menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan pertama bagi Bayern, tetapi gagal menemui sasaran sejak Oktober. Mane, yang menjaringkan 120 gol dalam 269 perlawanan bagi Liverpool, terlepas beraksi di Piala Dunia Qatar kerana cedera semasa mewakili Bayern pada November.



Sejak itu, beliau terlepas beraksi dalam sembilan perlawanan kelab. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >