Topik diikuti
Pergi ke BHkuBayern Munich bawa skuad terbaik
Jul 17, 2017 | 5:30 AM
Bayern Munich bawa skuad terbaik
JUARA Bundesliga, Bayern Munich, mengumumkan bahawa mereka akan membawa barisan bintang bola sepak untuk beraksi di Piala Juara-juara Antarabangsa (ICC) yang akan berlangsung buat julung-julung kalinya di Singapura pada minggu depan.
Pemenang Piala Dunia 2014 Thomas Muller, Mats Hummels dan Jerome Boateng dijadualkan berada di Singapura manakala penyerang Perancis Franck Ribery, pemain sayap Belanda Arjen Robben dan penyerang Poland Robert Lewandowski juga telah dinamakan dalam skuad Bayern.