Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GUNA MEDIA SOSIAL BAGI SEBAR NASIB MALANG YANG DILALUI WARGA UKRAINE

Beckham beri akses akaun Instagram pada doktor di Ukraine

Mar 23, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bekas kapten England, David Beckham, memberi akses bagi akaun Instagram miliknya kepada seorang doktor di Kharkiv, Ukraine, baru-baru ini.



Doktor itu, seorang warga Ukraine yang hanya dikenali sebagai Dr Iryna, ialah ketua di pusat jagaan bayi di Kharkiv, dan beliau menggunakan peluang itu untuk memuat naik gambar dan video mengenai tugasnya dan pekerja perubatan lain di negara itu yang sedang bergelut dengan serangan dari tentera Russia.



Video yang dimuat naik oleh beliau menunjukkan bayi yang baru lahir dirawat dan sebuah besmen di mana pesakit dipindahkan selepas bersalin untuk berlindung dari pengeboman Russia.



Beckham, 46 tahun, mempunyai lebih 71 juta pengikut di Instagram.



Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu berkata hasratnya adalah untuk menunjukkan tugas menakjubkan yang dilakukan oleh pekerja sektor perubatan seperti Dr Iryna untuk menyelamatkan nyawa di Ukraine.



Dr Iryna berkata beliau bekerja tanpa henti sejak negaranya menjadi sasaran Russia.



"Hari-hari pertama adalah amat sukar... kami terpaksa bekerja walaupun ada bom digugurkan dan peluru berdesing di sekeliling... kami terpaksa belajar untuk tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling kami dan menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas," ujar Dr Iryna.



"Mungkin kami membahayakan diri sendiri, tapi kami tidak terlalu memikirkan perkara itu. Kami sayang pada tugas kami. Walaupun kami bimbang dan ada kalanya menangis, kami tidak akan berputus asa."



Kharkiv ialah kota kedua terbesar di Ukraine dan ia telah menjadi sasaran bedilan Russia selama tiga minggu.



Dr Iryna juga memberitahu bagaimana semua wanita mengandung dan ibu yang baru bersalin terpaksa dipindahkan ke besmen pada hari pertama serangan.



Namun, ada bayi yang memerlukan jagaan rapi tidak dapat dibawa ke besmen dan terpaksa kekal menggunakan peralatan penyelamat nyawa di wad jagaan rapi.



"Detik itu amat sukar bagi kami," kata Dr Iryana.



Dalam pada itu, Beckham menggesa semua pengikut akaun Instagram untuk menderma kepada Unicef, agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana beliau berkhidmat sebagai duta.



Difahami, Beckham dan isterinya, Victoria, telah mendermakan lebih £1 juta ($1.78 juta) kepada Unicef untuk menyokong usaha di Ukraine. - Agensi berita.



GUNA MEDIA SOSIAL BAGI SEBAR NASIB MALANG YANG DILALUI WARGA UKRAINE




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >