Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bedah bahu: Rashford sedia berehat panjang

Jul 15, 2021 | 5:30 AM
43fca17d-5e9d-45f1-958a-c37b143a7d5c
-

MANCHESTER: Pemain Manchester United Marcus Rashford mungkin tidak akan beraksi sehingga akhir Oktober selepas beliau memutuskan untuk menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan di bahu.

Rashford, 23 tahun menjalani pemeriksaan doktor awal minggu ini selepas kecederaan di bahunya itu menjejas persembahannya bagi separuh kedua musim 2020-21.

Doktor memutuskan kecederaan itu terlampau teruk dan tidak boleh pulih sekadar dengan berehat semata-mata.

Bercakap kepada BBC, United berkata Rashford, yang baru sahaja mewakili England di Kejohanan Eropah (Euro) 2020 diharap dapat menjalani pembedahan secara serta-merta.

Namun, difahami pakar bedah yang dikehendaki Rashford tidak boleh melakukan pembedahan itu sehingga akhir Julai.

Adalah dijangka, Rashford tidak dapat beraksi selama 12 minggu, yang boleh menjejas terus rancangan pengurus United Ole Gunnar Solskjaer bagi permulaan kempen musim Liga Perdana England (EPL) yang baru.

Berita Rashford dijadual menjalani pembedahan itu dilaporkan pada hari yang sama rakan sepasukan England Jadon Sancho menjalani pemeriksaan doktor sebelum berpindah ke United dari Borussia Dortmund di Jerman.

Beliau dibeli United dengan harga £73 juta ($138 juta). - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg