Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Bekas jurulatih Argentina Alejandro Sabella meninggal

Dec 10, 2020 | 05:30 AM



BUENOS AIRES: Alejandro Sabella, jurulatih yang membimbing Argentina ke final Piala Dunia 2014, meninggal dunia pada usia 66 tahun Selasa lalu, selepas bertahun melawan barah dan masalah jantung.



Kematian Sabella dua minggu selepas pemergian pemain legenda Diego Maradona, yang bermain dengan Sabella dalam pasukan nasional Argentina pada 1980-an.



Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di Buenos Aires pada 25 November. Beliau berusia 60 tahun.



Hospital tempat Sabella menghabiskan masa beberapa minggu terakhirnya berkata beliau meninggal dunia akibat penyakit otot jantung.



"Satu lagi tamparan hebat untuk bola sepak pada tahun 2020 yang gelap ini: Alejandro Sabella yang dikasihi telah pergi," kata rakan sepasukannya, bekas penjaga gol Ubaldo Fillol.



"Seorang pemain hebat, jurulatih berjaya yang membawa kami ke final Piala Dunia, dan seorang yang hebat."



Seorang pemain sayap licik yang juga bermain di bahagian midfield, Sabella menjadi tumpuan di River Plate pada 1970-an dan meraih pemindahan ke Sheffield United, menjadi salah seorang pemain Amerika Selatan pertama membuat penampilan di liga England.



Masanya di Sheffield singkat namun Sabella, bersama rakan senegara Osvaldo Ardiles, Ricardo Villa dan Alberto Tarantini, merupakan antara pemain Argentina yang ketibaan mereka di Britain menyusuli kejayaan menjuarai Piala Dunia 1978 membawa sentuhan glamor kepada permainan bola sepak di England.



Masa dua tahunnya di Sheffield diikuti tempoh pendek di Leeds United sebelum beliau pulang ke Estudiantes pada 1982.



Di kelab Argentina itu beliau menjadi pengurus pada 2009, memimpin pasukan wilayah tersebut, dengan Juan Sebastian Veron bermain di bahagian midfield, untuk menjulang trofi kejuaraan Copa Libertadores keempat mereka.



Kejayaan Sabella di kelab itu membuat beliau dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaan pada 2011.



Setelah tewas 1-0 kepada Jerman selepas waktu tambahan pada final Piala Dunia di Rio de Janeiro, Sabella bersara dan disebabkan masalah kesihatan yang semakin teruk, beliau tidak kembali menguruskan sembarang pasukan.



Pemain bek Manchester United Marcos Rojo, yang bermain di bawah Sabella di Estudiantes, berkata dalam satu pos di Instagram:



"Saya menjadi pemain dan insan sebegini sebahagian besarnya kerana anda". - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >