Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LA-LIGA

Bekas jurulatih Barca meninggal

Apr 27, 2014 | 06:00 AM



BARCELONA (Sepanyol): Bekas jurulatih Barcelona, Tito Vilanova, meninggal dunia pada usia 45 tahun akibat penyakit barah, menurut kelab La Liga Sepanyol itu kelmarin.


Vilanova disahkan menghidap barah pepundi air liur lebih dua tahun lalu dan terpaksa mengundurkan diri sebagai jurulatih Barcelona Julai lalu. ''FC Barcelona dengan dukacitanya ingin memberitahu bahawa Francesc 'Tito' Vilanova Bayo telah meninggal dunia pada usia 45 tahun,'' kata satu kenyataan kelab itu.


''Jurulatih kami meninggal dunia sekitar tengah hari ini (Jumaat) selepas beliau gagal pulih daripada penyakit yang dihidapinya sejak 2011. ''Kelab ini ingin merakam ucapan takziah kepada keluarga beliau dan berkongsi sama detik menyedihkan ini bersama anggota kelab, peminat dan pencinta bola sepak serta sukan lain di dunia.''


Vilanova meninggalkan balunya, Montse Chaure-Vilanova, dan dua anak.


Berita kematian Vilanova disambut dengan kesedihan dan ramai menyampaikan ucap takziah serta pujian kepada bekas jurulatih itu, yang memainkan peranan besar memimpin Barcelona meraih pelbagai kejayaan.


''Beliau seorang yang sukar dilupakan. Kami akan sentiasa mengingati beliau. Salam kasih saya kepada keluarga Tito,'' kata Lionel Messi, bintang Barcelona yang memenangi empat anugerah Pemain Terbaik Dunia, dalam Facebook rasminya dengan disertakan gambar beliau bersama bekas jurulatih Barcelona itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >