Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Bekas kapten, jurulatih polo air meninggal dunia

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



BEKAS kapten dan jurulatih pasukan polo air negara, Tan Eng Bock, meninggal dunia kelmarin setelah mengalami angin ahmar. Mendiang berusia 84 tahun.



Bersama-sama dengan adik beradiknya, Eng Chai dan Eng Liang, yang juga mewakili negara dalam sukan polo air, Tan cemerlang dalam sukan.



Beliau memimpin pasukan negara sebagai kapten dalam memenangi pingat emas di Sukan Semenanjung Asia Tenggara (Seap) yang pertama pada 1965.



Kejayaan itu membuka tirai kejayaan Singapura memenangi pingat emas secara berturut-turut, rekod yang hanya dipecahkan tahun lepas.



Selain memenangi dua lagi pingat Sukan Seap, pada 1967 dan 1969, mendiang Tan juga memenangi pingat emas Sukan Asia pada 1954 selain mewakili negara di Sukan Olimpik Melbourne, Australia pada 1956.



Setelah bersara dari sukan tersebut, Tan menjadi jurulatih pasukan negara buat lebih 20 tahun. Hasil dedikasinya selama berdekad, beliau diberi gelaran "Mr Water Polo" dalam kalangan masyarakat sukan setempat.



Adiknya, Eng Liang, seorang pentadbir sukan veteran mengenang abangnya itu.



"Kami lebih rapat dari adik dan abang. Kami juga teman seperjuangan dalam polo air dan dunia renang.



"Eng Bock amat rapat dengan saya kerana kami melakukan segalanya bersama. Kami bekerja bersama setiap masa dalam arena polo air dan renang, dan saya amat-amat menghormati beliau, kagum dengan tenaganya, komitmen dan dedikasi beliau terhadap sukan polo air," kata beliau.



Abang mereka, Eng Chai, meninggal dunia bulan lalu pada usia 86 tahun.



Menyampaikan penghargaan beliau, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, akur dengan pengaruh keluarga Tan dalam membangunkan minat terdapat sukan polo air dalam satu catatan di Facebook yang diberi tajuk, "Goodbye, Mr Water Polo" (Selamat tinggal, Encik Polo Air).



"Legasi Encik Tan sebagai seorang pemain dan mentor akan dikenang masyarakat sukan. Beliau akan terus menjadi inspirasi dan model contoh bagi generasi akan datang," katanya.



Presiden Majlim Olimpik Kebangsaan dan juga Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan Jin, pula berkata:



"Beliau seorang tokoh dan pemimpin yang berdedikasi, yang telah menyumbang lebih separuh hayatnya kepada sukan Singapura dan polo air.



"Sebagai seorang yang tegas dalam hal disiplin, beliau menjadi jurulatih selama berdekad lamanya setelah bersara sebagai atlet. Dedikasinya tiada bandingan dan legasi beliau akan mekar selamanya dalam jiwa-jiwa yang disentuh beliau."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >