Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pemain #1 Andy Murray diberi 'wild card'

Dec 29, 2020 | 5:30 AM
DIBERI PELUANG KHAS: Kehadiran Andy Murray bekas pemain nombor satu dunia di Terbuka Australia amat di alu-alukan. - Foto REUTERS
DIBERI PELUANG KHAS: Kehadiran Andy Murray bekas pemain nombor satu dunia di Terbuka Australia amat di alu-alukan. - Foto REUTERS -

AUSTRALIA: Bekas pemain nombor satu dunia Britain Andy Murray telah diberikan peluang khas atau 'wild card' dalam Terbuka Australia (AO) Februari ini, kata pengarah kejohanan Craig Tiley kelmarin.

Penyertaannya dalm pertandingan utama di Grand Slam pertama 2021 itu adalah dua tahun selepas Murray, naib juara lima kali di Melbourne, bersaing dalam pertandingan yang dianggapnya perlawanan profesional terakhirnya di sana, tewas dalam pusingan pertama kepada pemain Sepanyol Roberto Bautista Agut.

"Kami mengalu-alukan kehadiran Andy kembali ke Melbourne dengan tangan terbuka," kata Tiley.

"Pengundurannya adalah saat yang penuh emosi dan melihatnya kembali, selepas menjalani pembedahan dan bangkit untuk meneruskan persaingan, akan menjadi kemuncak AO 2021."

Juara Grand Slam tiga kali Murray menjalani pembedahan pinggul Januari tahun lalu tetapi membuat kemunculan semula dengan memenangi kejuaraan Antwerp sembilan bulan kemudian.

Beliau terlepas beraksi dalam sebahagian besar musim 2020 akibat komplikasi pinggulnya dan bergelut dengan prestasi untuk kembali bersaing selepas penangguhan akibat Covid-19, mengalami kekalahan pusingan kedua di Terbuka Amerika Syarikat sebelum tewas di pusingan pertama di Roland Garros.

Pemain berusia 33 tahun itu akan memulakan musim 2021 di Terbuka Pantai Delray bulan depan selepas menerima peluang khas untuk kejohanan ATP 250 itu.

Terbuka Australia ditunda tiga minggu dan dijadual bermula 8 Februari, akibat langkah keselamatan Covid-19. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg