Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pemain bola sepak S’pura, D. Tokijan meninggal dunia

Dec 23, 2025 | 8:49 AM
Bekas pemain bola sepak negara, D Tokijan, 63 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 23 Disember. 
Bekas pemain bola sepak negara, D Tokijan, 63 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 23 Disember.  - Foto fail

Bekas pemain bola sepak negara, Darimosuvito Tokijan, atau lebih dikenali dengan nama D. Tokijan, 63 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi 23 Disember.

Pemain sayap kiri itu yang antara kemuncak kerjaya bola sepaknya ialah mewakili Singapura di Piala Asia 1984 dipercayai menghidap penyakit barah.

Penglibatan terakhirnya dalam bola sepak setempat ialah sebagai penolong jurulatih kelab Liga Perdana Singapura, Balestier Khalsa.

Menyusuli pemergian beliau, ramai rakan-rakan Allahyarham dalam bola sepak telah memberi penghargaan di media sosial, termasuk pemain asal Australia, Abbas Saad, yang beraksi bersama Tokijan dalam pasukan Singapura pada 1990 dalam liga Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg