Bekas pemain LionsXII jadi 'raja sehari'

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pemain LionsXII jadi 'raja sehari'

Jan 5, 2016 | 4:34 PM

Bekas pemain LionsXII jadi 'raja sehari'

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BINA RUMAHTANGGA: Pasangan pengantin baru, Izzdin Shafiq, yang merupakan bekas pemain LionsXII dan Nurul Farhana Mohamed Saleh, sentiasa menyokong satu sama lain tidak kira apa yang terjadi. - Foto MOHD TAUFIK A KADER
BINA RUMAHTANGGA: Pasangan pengantin baru, Izzdin Shafiq, yang merupakan bekas pemain LionsXII dan Nurul Farhana Mohamed Saleh, sentiasa menyokong satu sama lain tidak kira apa yang terjadi. - Foto MOHD TAUFIK A KADER -

MAJLISNYA bagai sebuah keramaian diraja. Penuh dengan warna keemas-emasan.

Berpakaian berwarna emas, Izzdin Shafiq, dan Cik Nurul Farhana Mohamed Saleh, kelihatan berseri-seri tersenyum bahagia menuju pelamin indah sebagai raja sehari pada hujung minggu lalu.

Izzdin, 25 tahun, pemain bola sepak untuk kelab Liga S Tampines Rovers, diperkenalkan kepada Cik Farhana hampir dua tahun lalu melalui sahabatnya, Shakir Hamzah.

Lamaran dibuat pada Oktober 2014.

Apabila ditanya bagaimana beliau tahu bahawa pemain tengah Lions XII itu merupakan 'pahlawan' yang tepat untuk melindunginya sebagai pasangan hidup, Cik Farhana memandang suaminya dengan kasih sayang.

"Susah untuk menjelaskan perasaan saya tetapi saya tahu Izzdin adalah satu-satunya untuk saya," katanya yang berusia 27 tahun.

Bagi Izzdin pula, Cik Farhana adalah pasangan yang sering memberi sokongan dalam kerjaya bola sepaknya.

"Dia sentiasa memberi saya motivasi tidak kira apa yang terjadi.

"Itulah yang membuat saya betul-betul menghargainya," katanya.

Izzdin menghadiahkan Cik Farhana mas kahwin wang tunai $100 manakala ia difahamkan tiada wang hantaran yang diberikan.

Menurut ibu Izzdin, sekitar 1,000 tamu menghadiri majlis itu.

Turut menghadiri majlis akad nikah itu ialah Fandi Ahmad, V. Sundramoorthy, Baihakki Khaizan, Izwan Mahbud dan Safuwan Baharudin.

Safuwan, yang mengikat kontrak bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bulan lalu, mengongsi hasratnya bagi pasangan pengantin baru:

"Saya amat gembira untuk Ana dan Izzdin.

"Beberapa bulan pertama sebagai suami isteri tidak mudah tetapi mereka harus mengatasinya bersama-sama. Insyallah mereka akan bersama-sama sampai ke akhir hayat."

Walaupun Izzdin dan Cik Farhana masih belum merancang bulan madu mereka akibat jadual ketat Izzdin, mereka berdua berpuas dapat meluangkan masa bersama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg