Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas penyerang Barcelona Eto'o dijatuhi hukuman penjara yang ditangguh kerana tipu cukai

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



BARCELONA: Bekas penyerang Cameroon, Samuel Eto'o, dijatuhi hukuman penjara yang ditangguh (suspended sentence) selama 22 bulan oleh mahkamah Sepanyol kelmarin selepas mengaku melakukan penipuan cukai sebanyak £3.2 juta ($5.44 juta) semasa beliau menyarungi jersi Barcelona.



Beliau juga bersetuju membayar cukai tertunggak itu beserta denda £1.55 juta.



Pendakwa raya menuduh Eto'o gagal mengisytiharkan pendapatan daripada pemindahan hak imej antara 2006 dan 2009.



Eto'o adalah nama terbaru dalam senarai panjang pemain dan pengurus asing didakwa atas sebab penipuan cukai di Sepanyol sejak beberapa tahun lalu, yang antara lain termasuk Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Jose Mourinho dan Neymar.



Eto'o, 41 tahun, yang kini presiden Persekutuan Bola Sepak Cameroon, menyertai Barcelona pada 2004 pada usia 23 tahun.



Beliau turut menyarung jersi Real Madrid, Inter Milan, Chelsea dan Everton sepanjang kerjayanya sebelum bersara pada 2019.



Beliau tampil di mahkamah Ciudad de la Justicia di Barcelona bersama bekas ejennya, Jose Maria Mesalles, yang dijatuhi hukuman digantung selama 12 bulan dan denda.



Mahkamah diberitahu bahawa Eto'o memindahkan hak imejnya kepada sebuah syarikat berpangkalan di Hungary dan mengisytiharkan pendapatannya di negara itu, di mana kadar cukai adalah antara yang "terendah di Eropah".



"Saya mengakui kebenarannya dan saya akan membayar apa yang perlu dibayar, tetapi perlu dinyatakan bahawa saya masih mentah ketika itu dan sentiasa melakukan apa yang disuruh bekas ejen saya, Jose Maria Mesalles, yang saya anggap seperti seorang ayah, pada masa itu," kata Eto'o. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >