Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas penyerang S’pura Shahril Ishak ingin bina nama sebagai jurulatih

Dec 18, 2023 | 5:00 AM
KEMBALI MENYUMBANG: Bekas penyerang Singapura, Shahril Ishak kini adalah ketua pembangunan belia dan jurulatih pasukan bawah 14 tahun di Akademi Kelab Bola Sepak Singapura.
KEMBALI MENYUMBANG: Bekas penyerang Singapura, Shahril Ishak kini adalah ketua pembangunan belia dan jurulatih pasukan bawah 14 tahun di Akademi Kelab Bola Sepak Singapura. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Sebagai pemain, penyerang Singapura, Shahril Ishak telah mencapai puncak kerjaya bola sepak profesionalnya apabila menjadi kapten pasukan negara dan memenangi tiga gelaran Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Beliau juga telah menjulang trofi kejuaraan Liga Super Malaysia pada 2013 bersama LionsXII, dengan pencapaian terakhir dalam kerjaya 19 tahunnya ialah Piala Singapura 2022 ketika beraksi untuk Hougang United.

Kini, Shahril, 39 tahun, bermula dari bawah sekali lagi dengan matlamat untuk membina nama dan sampai ke puncak dalam peranan barunya, sebagai jurulatih.

Sejak menggantung butnya sebagai pemain bola sepak profesional pada Februari, pemain yang sudah 138 kali mewakili pasukan Singa – iaitu jumlah penampilan ketiga tertinggi dalam sejarah bola sepak negara – sibuk mempelajari selok-belok kejurulatihan.

Malah, pemegang lesen kejurulatihan ‘B Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu kini merupakan ketua pembangunan belia dan jurulatih pasukan bawah 14 tahun di akademi Kelab Bola Sepak Singapura.

Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.

Shahril, dalam satu wawancara bersama Berita Harian baru-baru ini, berkata beliau memilih laluan kejurulatihan selepas bersara kerana ingin menyumbang kembali kepada bola sepak Singapura.

Beliau antara lain berazam menyertai Persatuan Bola Sepak Singapura dan melatih pasukan nasional kelak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg