Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas temanita beritahu juri: Giggs tindak ganas ke atasnya

Aug 10, 2022 | 05:25 PM



LONDON: Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs, menyondol bekas temanitanya di muka apabila bekas kekasihnya itu cuba mengakhiri perhubungan mereka,” kata temanita itu kepada juri Selasa (9 Ogos), hari kedua dalam perbicaraan Giggs yang dituduh menyerang dan bertindak terlalu mengawal ke atas temanitanya itu.


Giggs, 48 tahun, yang sebelum ini bertugas sebagai jurulatih pasukan nasional Wales, mendengar hujah itu dengan wajah tenang di Mahkamah Manchester Crown.


Awal daripada itu, juri telah mendengar bagaimana Giggs telah menggunakan kecaman fizikal dan secara lisan ke atas bekas temanitanya itu, Kate Greville, 36 tahun.


Giggs tidak mengaku bersalah kepada sebarang tuduhan.

Peguam beliau, Chris Daw, telah berkata kliennya tidak menggunakan keganasan di luar undang-undang, walaupun akur perbuatan Giggs itu kurang sempurna dari segi tatalaku.


Greville memberi butiran insiden yang berlaku pada 1 November 2020, di mana Giggs hilang kawalan dan menyerangnya semasa beliau cuba meninggalkan rumah yang dikongsi pasangan itu.


Giggs juga dikenakan tuduhan menyerang adik Greville, Emma, yang pada ketika itu berada di rumah tersebut untuk menjaga anjing peliharaan.


Baca laporan lanjut di Berita Harian esok (11 Ogos).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >