Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERBICARAAN BEKAS BINTANG EPL

Bekas temanita beritahu juri: Giggs tindak ganas ke atasnya

Kes mahkamah bermula - cemari warisan yang ditinggalkan legenda kelab selepas kerjaya bola sepak yang cemerlang bersama Man United
Aug 11, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs, menyondol bekas temanitanya di muka apabila bekas kekasihnya itu cuba mengakhiri perhubungan mereka," kata temanita itu kepada juri kelmarin, hari kedua dalam perbicaraan Giggs yang dituduh menyerang dan bertindak terlalu mengawal ke atas temanitanya itu.



Giggs, 48 tahun, yang sebelum ini bertugas sebagai jurulatih pasukan nasional Wales, mendengar hujah itu dengan wajah tenang, di Mahkamah Manchester Crown.



Awal daripada itu, juri telah mendengar bagaimana Giggs telah menggunakan kecaman fizikal dan secara lisan ke atas bekas temanitanya itu, Kate Greville, 36 tahun.



Giggs tidak mengaku bersalah kepada sebarang tuduhan, yang diiringi hukuman penjara lima tahun.



Peguam beliau, Chris Daw, telah berkata kliennya tidak menggunakan keganasan di luar undang-undang, walaupun akur perbuatan Giggs itu kurang sempurna dari segi tatalaku.



Greville memberikan hujahnya dari balik tabir, apabila disoal oleh peguam pendakwa, Peter Wright.



Beliau memberikan butiran insiden yang berlaku pada 1 November 2020, di mana Giggs hilang kawalan dan menyerangnya semasa beliau cuba meninggalkan rumah yang dikongsi pasangan itu.



Giggs juga dikenakan tuduhan menyerang adik Greville, Emma, yang pada ketika itu berada di rumah tersebut untuk menjaga anjing peliharaan.



Pendakwa berkata Giggs dengan sengaja menyiku wajah Emma.



"Saya tidak pernah melihat beliau begitu marah sebelum ini. Beliau dalam keadaan mabuk," kata Greville, yang menambah bahawa Giggs telah menolak beliau ke lantai dan menindihnya supaya beliau tidak boleh bergerak.



Menyusuli itu, Emma telah cuba membantu kakaknya dengan menarik tubuh Giggs, tetapi bintang Manchester United dan Wales itu itu menolak Emma.



Greville kemudian memberitahu Giggs bahawa beliau akan melaporkan serangan itu kepada polis.



"Pada saat itu, beliau menyondol saya di muka," kata Greville.



"Saya begitu terkejut dan jatuh ke belakang. Bibir saya bengkak.



"Dibandingkan dengan insiden lain di mana beliau mencederakan saya, kejadian ini berbeza kerana beliau memang berniat untuk mencederakan saya," katanya.



Perbicaraan masih diteruskan.



Kes mahkamah ini telah mencemari warisan yang ditinggalkan Giggs selepas kerjaya bola sepak yang cemerlang.



Beliau bersara sebagai pemain United yang paling berkalung kemenangan dalam sejarah bola sepak Britain.



Giggs muncul dalam 963 perlawanan dalam tempoh 23 tahun bagi United - satu rekod - dan dalam tempoh itu memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana England (EPL) dan dua trofi Liga Juara-Juara Eropah.



Menyusuli persaraannya, beliau memulakan kerjaya sebagai jurulatih di Old Trafford.



Malah, beliau pernah dilantik menjadi pengurus sementara United di penghujung musim 2013/14, selepas David Moyes dipecat, sebelum meneruskan kerjaya bersama



The Red Devils sebagai penolong kepada pengurus baru Louis van Gaal selama dua tahun.



Pada 2018, Giggs dilantik sebagai bos Wales dan dalam peranan itu, beliau membantu pasukannya melayakkan diri ke Kejohanan Eropah (Euro) 2020, pertandingan bola sepak utama kedua bagi negara itu sejak ia menyertai Piala Dunia 1958. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >