SPH Logo mobile
Langgan|

Belanda ke arah layakkan diri lepas kalahkan Greece

Belanda ke arah layakkan diri lepas kalahkan Greece

Oct 17, 2023 | 1:08 PM

Belanda ke arah layakkan diri lepas kalahkan Greece

RAIKAN GOL: Pemain pertahanan dan kapten Belanda, Virgil van Dijk, meraikan gol yang dijaringkannya melalui tendangan penalti dalam perlawanan menentang Greece.
RAIKAN GOL: Pemain pertahanan dan kapten Belanda, Virgil van Dijk, meraikan gol yang dijaringkannya melalui tendangan penalti dalam perlawanan menentang Greece. - Foto AFP

ATHENS: Pasukan bola sepak Belanda kini berada di landasan betul untuk melayakkan diri bagi Euro 2024 setelah menewaskan Greece 1-0 pada Selasa.

Kapten Belanda, Virgil van Dijk, menjaringkan gol tunggal itu menerusi tendangan penalti pada minit-minit terakhir perlawanan, yang berlangsung di Stadium OPAP Arena.

Belanda sebelum itu disajikan peluang keemasan pada separuh masa pertama melalui sepakan penalti tetapi ia gagal disempurnakan penyerang Wout Weghorst.

Perlawanan itu turut menyaksikan jurulatih Greece, Gus Poyet, dibuang padang kerana penderaan secara lisan terhadap pengadil.

Belanda kini menduduki tangga kedua dalam Kumpulan B di belakang Perancis, yang telah melayakkan diri bagi Euro 2024.

Awal dari itu pada Jumaat, Belanda tewas 1-2 kepada Perancis.

Sungguhpun Belanda mempunyai sama mata dengan Greece, skuad kendalian Ronald Koeman itu mempunyai kelebihan berdasarkan kemenangan di padang sendiri dan di padang lawan.

Detik penentuan terletak pada 19 November apabila Belanda berhadapan dengan Ireland dan kemudiannya Gibraltar pada 22 November. – AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg