Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022

Belanda kecewa kalah pada Turkey dalam pembuka tirai

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



ISTANBUL: Belanda berdepan kekecewaan setelah tumpas 2-4 kepada Turkey di Istanbul pada aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Dunia 2022 awal pagi semalam dengan Burak Yilmaz menjaringkan hatrik untuk pasukan tuan rumah.



Turkey mendahului 3-0 selepas tamat separuh masa pertama menerusi dua gol Yilmaz dan Hakan Calhanoglu, namun pemain gantian Belanda Davy Klaassen dan Luuk de Jong memberi harapan kepada pasukan bimbingan Frank de Boer.



Sepakan percuma Yilmaz pada minit ke-81 mengesahkan kemenangan Turkey pada perlawanan membabitkan dua pasukan pilihan Kumpulan G itu.



"Keputusan yang sangat mengecewakan, begitu juga cara keputusan itu dihasilkan," kata De Boer kepada NOS TV.



"Kami tahu mereka akan menyerang menerusi serangan balas dan ia dilakukan ketika gol pertama. Tempo permainan kami sepatutnya lebih tinggi terutama pada separuh masa pertama."



Kekalahan itu seolah memberi mimpi buruk kepada kempen awal Belanda yang gagal layak ke saingan Euro 2016 serta Piala Dunia 2018.



Mereka, bagaimanapun, masih kekal selaku antara pasukan pilihan menjelang saingan Euro 2020 yang ditangguhkan kepada tahun ini.



Ia juga adalah kemenangan kedua berturut-turut Turkey ke atas Belanda selepas menewaskan lawan mereka itu 3-0 pada 2015 yang membantu negara itu layak ke saingan Euro 2016.



Sementara itu, juara Eropah, Portugal, memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan kemenangan hasil jaringan sendiri Azerbaijan yang memberikan kemenangan tipis 1-0 dalam saingan Kumpulan A di Turin, Italy awal pagi semalam.



Kapten Azerbaijan, Maksim Medvedev, menjaringkan gol sendiri pada minit ke-36, namun hanya gol itu memberikan kemenangan buat Portugal berdepan lawan berkedudukan ke-108 dunia itu.



"Kami menghadapi sedikit kesukaran, sedikit masalah, ia tidak boleh dinafikan," kata jurulatih Portugal, Fernando Santos selepas kemenangan ke-50 daripada 80 perlawanan dipimpinnya.



"Pada separuh masa kedua, pasukan hilang inspirasi dan kelancaran sebagai sebuah pasukan."



Cristiano Ronaldo gagal menjaringkan gol di stadium kelabnya, Juventus - dengan perlawanan berlangsung kerana halangan berikutan Covid-19 - tujuh gol kurang berbanding penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan antarabangsa, Ali Daei dari Iran, dengan rekod 109 gol.



Portugal berdepan kesukaran untuk melebarkan jurang, dan gagal memecahkan keutuhan benteng Azerbaijan, yang turut menyaksikan aksi cemerlang penjaga gawang Shakhrudin Magomedaliyev.



Dalam perlawanan lain, pemain Norway memakai kemeja-T yang tertera mesej 'Hak asasi manusia di dalam dan luar padang' sebelum kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Gibraltar untuk menunjukkan sokongan kepada pekerja migran Qatar.



Sebelum perlawanan, kapten Martin Odegaard berkata bahawa para pemain merancang melakukan sesuatu untuk menunjukkan perasaan mereka.



Pemain turut memakai kemeja-T yang bertuliskan 'Hormat di dalam dan luar padang' ketika mereka melakukan senaman memanaskan badan di Marbella.



Norway berjaya memenangi perlawanan pembukaan mereka dengan menewaskan Gibraltar 3-0.



Aksi Piala Dunia dijadualkan berlangsung di Qatar pada 21 November tahun depan. - AFP, agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >