Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belgium cari jurulatih baru yang mampu satukan pasukan

Dec 15, 2022 | 5:30 AM
PERNAH BAWA BELGIUM TERATAS DI DUNIA: Martinez asal Sepanyol, memimpin Belgium sejak 2016 dan pasukan itu pernah melonjak ke tangga teratas dunia dari September 2018 hingga 2022. - Foto EPA-EFE
PERNAH BAWA BELGIUM TERATAS DI DUNIA: Martinez asal Sepanyol, memimpin Belgium sejak 2016 dan pasukan itu pernah melonjak ke tangga teratas dunia dari September 2018 hingga 2022. - Foto EPA-EFE -

PERSATUAN Bola Sepak DiRaja Belgium (RBFA) telah memulakan usaha mencari pengurus bola sepak pasukan nasional yang baru.

Roberto Martinez, yang memimpin pasukan itu di Piala Dunia 2022 telah mengundur diri selepas Belgium tersingkir dari pertandingan dan kini persatuan bola sepak itu sedang mencari calon layak yang mempunyai 'rekod sebagai pemenang'.

Dalam kenyataan yang diterbitkan semalam, persatuan itu berkata ia hanya mahukan pemohon yang amat bercita-cita dan mempunyai pengalaman bola sepak antarabangsa di peringkat tertinggi.

Pemohon itu juga perlu mempunyai pengetahuan bola sepak, taktik dan pengalaman yang mencukupi untuk menguruskan individu dalam pasukan.

Ia berkata:

"Pengurus yang kami cari-cari ialah seorang yang sentiasa menang dan berpengalaman mengendalikan pemain terhandal di dunia.

"Beliau berkemahiran memupuk persepaduan dalam kumpulan pemain dan berkeupayaan membawa masuk pemain muda ke dalam kumpulan ini.

"Kami juga sedang mencari pakar taktik yang menggunakan data, teknologi dan alat objektif lain."

Tarikh tutup bagi permohonan menjadi pengurus pasukan bola sepak nasional Belgium ini ialah pada 10 Januari 2023.

Belgium, yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan akhirnya mengakhiri pertandingan di tangga ketiga, gagal melayakkan diri ke pusingan lanjut Piala Dunia di Doha, Qatar ini, selepas tewas 0-2 kepada Maghribi.

Ia juga sekadar menjaringkan satu gol di Doha.

Namun, Martinez, 49 tahun, yang berasal dari Sepanyol, memimpin pasukan itu sejak 2016 dan sehingga ia melonjak ke tangga teratas dunia, yang diduduki Belgium dari September 2018 ke Mac 2022.

RBFA berkata:

"Walaupun pasukan nasional tersingkir di peringkat awal Piala Dunia Qatar, RBFA tetap bercita-cita tinggi dan mendamba kejayaan tinggi di masa depan. Semua elemen yang diperlukan untuk berjaya kini telah diperoleh kami.

"Ia adalah tanggungjawab jurulatih baru untuk menggunakan sumber yang ada dan memimpin pasukan ke arah kejayaan yang baru.

Pengurus Belgium yang seterusya perlu menubuhkan pasukan tanpa pemain tunggak Eden Hazard yang telah mengumumkan persaraannya dari pasukan nasional.

Beliau juga perlu menyatukan semula pasukan yang dilaporkan di media dibelenggu konflik antara pemain di Doha, dengan pemain bertaraf bintang seperti Kevin de Bruyne, Romelu Lukaku dan Thibaut Courtois didakwa terlibat. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg