Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Belgium singkir juara bertahan Portugal

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



LONDON: 'Generasi emas' Belgium telah menjadi pasukan terbaik dunia untuk lebih 1,000 hari tetapi tiada trofi kejuaraan untuk membuktikan keunggulan mereka - adakah Euro 2020 akhirnya menjadi tahun mereka?



Mereka menyingkirkan juara bertahan Portugal 1-0 dalam pusingan kelompok 16 terakhir kelmarin dan menyamakan rekod kemenangan yang paling lama dalam kejohanan utama - menang lima perlawanan berturut-turut buat kali kedua di bawah pimpinan Roberto Martinez.



Dengan skuad yang dipenuhi bakat mantap, mereka sudah lengkap untuk memenangi trofi kejuaraan sedang pasukan itu bersiap sedia berdepan Italy dalam suku akhir.



Tetapi, ia memerlukan gol menakjubkan dari Thorgan Hazard untuk mengalahkan Portugal, sementara bintang Kevin de Bruyne dan Eden Hazard mengalami kecederaan.



"Sebagai jurulatih, saya sangat bangga," kata Martinez. "Kami bermain menentang pasukan terbaik di Eropah yang 'tahu bagaimana untuk menang'. Ia adalah ujian terbesar yang ada."



Namun, pemain pertahanan Thomas Vermaelen mengatakan Belgium "beruntung untuk menang".



Jadi, bolehkan mereka akhirnya mara ke final?



Belgium memiliki bakat tetapi pemain ini tidak akan bermain lebih lama.



Kesebelasan utama menentang Portugal mempunyai purata usia 30 tahun dan 148 hari - yang tertua dalam satu perlawanan di Kejohanan Eropah, dan yang paling tua dibariskan oleh mana-mana baki pasukan di Euro 2020.



Mereka tersingkir di Euro 2016 oleh Wales pada suku akhir dan kemudian kalah kepada juara Perancis pada separuh akhir Piala Dunia 2018.



Wartawan bola sepak Belgium Kristof Terreur memberitahu BBC Radio 5 Live: "Kami telah menjadi pasukan nombor satu untuk 1,000 hari tetapi belum menang apa-apa. Kami harus menghasilkan (trofi) sekarang. Ia sekarang atau tidak pernah lagi bagi generasi ini.



"Perasaan sebenar yang saya alami bahawa kami akan melakukannya di Russia (semasa Piala Dunia 2018), saya tidak rasanya sekarang. Ini adalah sukar.



"Tetapi, kami kini ada pemenang di setiap posisi dan mereka ada orang di sekeliling mereka yang merupakan seorang pemenang. (Jurulatih Belgium) Thierry Henry, misalnya, adalah seorang pemenang dan dia telah bantu Romelu Lukaku menjadi seorang pemenang."



Mantan pemain sayap England Chris Waddle menambah: "Melihat (skuad) pasukan Belgium ini secara teori, sekiranya mereka tidak menang kejohanan ini, ada sesuatu yang tidak kena.



"Mereka mempunyai kualiti di mana-mana. Saya tidak akan mahu bermain Belgium tidak kira pasukan apa yang saya wakili. Pasukan lain yang melihat perlawanan ini tidak akan mahu menentang Belgium.



"Belgium tidak akan pernah mendapat peluang lebih baik untuk menang kejohanan daripada yang ini."



Tahap kecergasan De Bruyne namun menjadi kebimbangan besar sebelum pertembungan dengan Italy di Munich setelah beliau mengalami kecederaan di pergelangan kaki tidak lama selepas waktu rehat.



Kebimbangan kecederaan Belgium bertambah teruk apabila pemain Real Madrid, Hazard, juga mengalami kecederaan di hujung perlawanan.



Mengulas mengenai kecederaan itu, Martinez berkata: "Ia adalah kekasaran yang teruk (pada De Bruyne) dan kami akan lihat (keadaannya). Kami tiada diagnosis. Hazard mengalami kecederaan otot dan kami akan lihat dalam tempoh 48 jam ini." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >