Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA

Belgium tunjuk gagah di ambang Piala Dunia

Jun 13, 2018 | 05:30 AM



BRUSSELS: Bintang penyerang Belgium Romelu Lukaku menjaringkan dua gol manakala tunggak midfield Eden Hazard menunjukkan prestasi cemerlang bagi membantu negara itu melengkapkan persiapan menghadapi Piala Dunia dengan kemenangan penuh meyakinkan 4-1 ke atas Costa Rica kelmarin.



Turut menemui sasaran bagi Belgium ialah Dries Mertens dan Michy Batshuayi selepas pasukan pelawat mencatatkan kejutan membuka tirai jaringan melalui kaptennya, Bryan Ruiz.



Bintang Chelsea, Hazard, berada di tahap terbaiknya dan sering terlibat dalam gerakan-gerakan bahaya Belgium di samping memainkan peranan ke atas kesemua gol pasukannya itu.



Hazard, Lukaku dan bintang yang membantu Manchester City menjuarai Liga Perdana dengan pelbagai rekod baru bola sepak di England, Kevin De Bruyne, berharap akan menebus 'luka' lama apabila membuka tirai Piala Dunia nanti.



Di kededua Piala Dunia 2014 di Brazil dan Euro 2016 di Perancis, skuad berbakat Belgium yang mendapat gelaran 'generasi emas' gagal menyempurnakan reputasi itu apabila tersingkir di suku akhir.



Belgium akan membuka tirai Piala Dunia Russia ini dengan menentang Panama di Sochi pada Isnin ini. Mereka diundi dalam Kumpulan G bersama England dan Tunisia.



Jurulatih Belgium, Roberto Martinez, berkata beliau gembira dengan reaksi pasukannya sekalipun selepas ketinggalan gol awal.



"Saya dapat merasakan bahawa pasukan ini sedia mengharungi segala kesukaran secara bersama," ujar Martinez.



"Kami kini benar-benar bersedia menghadapi Piala Dunia."



Costa Rica, yang melayakkan diri sehingga ke suku akhir Piala Dunia 2014, pula akan membuka tirai edisi kejohanan di Russia dengan menentang Serbia pada Ahad ini.



Mereka diundi dalam Kumpulan E yang termasuk Brazil dan Switzerland.



Piala Dunia 2018 ini akan bermula secara langsung lusa dengan perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah dengan Arab Saudi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >