Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Bellingham inspirasi Real Madrid

Real Madrid di bawah bimbingan Carlo Ancelotti juara La Liga kali ke-36... dan berpeluang rangkul Liga Juara-Juara kali ke-15 pula
May 13, 2024 | 05:30 AM



Real Madrid dinobat juara La Liga pada 4 Mei, memastikan kejuaraan itu milik mereka hasil kemenangan 3-0 ke atas Cadiz di padang sendiri sebelum menyaksikan Barcelona tewas 4-2 di Girona.

Pencapaian tersebut lebih manis lagi selepas pasukan daripada Sepanyol itu menewaskan Bayern Munich 2-1 dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara pada 9 Mei – lantas membawa pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu ke final menentang Dortmund di Wembley England, dalam final pada 2 Jun.

Kempen kali ini jelas menyaksikan dominasi Real, yang hanya tewas sekali sepanjang musim kali ini – di tangan Athletico Madrid pada September.


Hebatnya, Real tidak tewas sekali pun sepanjang 28 perlawanan terakhir mereka.

Berikut antara faktor kejayaan mereka, yang mungkin menyaksikan pasukan itu merangkul Liga Juara-Juara kali ke-15.

Jude Bellingham hebat tapi bintang lain juga cemerlang

Beliau telah menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya bersama Real, membuat jaringan lewat dalam perlawanan pertama untuk pasukan itu di Stadium Bernabeu, selain menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan El Clasico semasa menentang Barcelona.

Ternyata beliau layak menjadi pemain terbaik La Liga buat musim kali ini.

Kempen pertama Jude Bellingham dalam La Liga ternyata satu kejayaan.

Ia bukan sekadar 18 gol jaringannya dalam La Liga.

Pemain bahagian midfield pasukan England sanggup bekerja keras semasa di padang, dan kemampuannya menghasilkan peluang buat rakan sepasukan telah membuat beliau menjadi pemain kesayangan peminat dan pihak mmedia di sana.

Pada usia 20 tahun, Bellingham juga telah mempamerkan mutu kepimpinan yang hebat.

Apabila beliau masuk ke bilik persalinan yang dipenuhi bintang bola sepak dunia, beliau langsung mendapat penghormatan daripada para pemain lain.

Kedudukannya selaku salah seorang pemain terbaik di dunia jelas kelihatan dalam musim ini, dan beliau kini berpeluang menjadi calon anugerah tahunan Ballon d’Or (Pemain Terbaik Dunia).

Real bukan sekadar sebuah pasukan yang hebat kerana seorang pemain.

Penyerang berbisa asal Brazil, Vinicius Junior dan Rodrygo – yang bergerak di bahagian tengah serta berperanan secara lebih fleksibel menyusuli ketiadaan Karim Benzema – turut menyumbang kepada pasukan itu.

Vinicius telah menjaringkan 13 gol sementara Rodrygo pula 10 gol dalam musim kali ini.

Sumbangan turut diberi pemain simpanan seperti Brahim Diaz yang menyumbang enam gol dan empat assist (pembukan laluan), sementara bekas penyerang Stoke City dan Newcastle, Joselu, pula menjaringkan sembilan gol meskipun baru bermain 13 kali dengan Real.


Joselu turut menjadi wira pasukan itu apabila sentuhannya berjaya menjaringkan kededua gol dalam kemenangan ke atas Bayern Munich dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara.

Ternyata semua itu membantu Real menjadi pasukan yang telah menjaringkan 74 gol dalam La Liga, dan memberi kelonggaran kepada pasukan Ancelotti itu untuk membuat perubahan dan mengekalkan kecergasan para pemainnya tanpa kemerosotan dalam prestasi mereka.

Atasi kecederaan
pemain pertahanan, strategi
hebat Ancelotti

Menyentuh bahagian pertahanan pula, kejayaan Real juga dicatat meskipun ketiadaan penjaga gawang utama, Thibaut Courtois, dan meletakkan David Alaba serta Eder Militao di bahagian tengah jentera pertahanannya.

Pengganti Courtois, Abdriy Lunin, yang berasal dari Ukraine jelas cemerlang sebagai penjaga gawang gantian.

Pemain berusia 25 tahun itu yang hanya bermain dalam sembilan perlawanan buat Real sebelum musim kali ini bermula, jelas dapat bermain dengan baik dengan menjaga gawang.

Seorang lagi penjaga gawang gantian, Kepa, pula dipinjamkan dari Chelsea apabila Courtois mengalami kecederaan.

Ia tidak mengambil masa yang lama bagi Lunin untuk meyakinkan Ancelotti bahawa beliau ternyata layak menggantikan Courtois.

Antonio Rudiger juga mempamerkan prestasi hebat dalam kempen kali ini.

Permainannya yang bersemangat membuktikan yang beliau mampu kembali daripada musim pertamanya yang kurang menyerlah dan kini bermain dengan lebih baik – seperti yang dipamerkannya semasa di Chelsea.

Semua ini tidak akan tercapai tanpa strategi hebat pengurus Real, Ancelotti, yang membuat beberapa perubahan sebagai menggantikan masalah kecederaan yang dialami pasukannya.

Dan statistik mereka kali ini merupakan bukti kecemerlangan pasukan itu dalam La Liga musim kali ini.

Meskipun ketiadaan tiga pemain tonggak pertahanan, gawang pasukan itu hanya dibolosi 22 kali dalam 34 perlawanan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >