Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Benfica tak perlu bimbang...3 bakat muda jamin masa depan

Mar 13, 2023 | 05:30 AM



LISBON: Menurut standard tinggi mereka sendiri, Benfica mengalami kemarau trofi, kali terakhir memenangi Liga Portugal pada 2019.



Tetapi menurut Pedro Mil-Homens, rasanya kabinet trofi mereka penuh.



Sebagai pengarah akademi remaja Benfica, Mil-Homens tidak perlu bimbang untuk atasi pesaing FC Porto atau Sporting Lisbon atau mara dalam Liga Juara-Juara.



Tugas utamanya adalah memastikan kelab itu menghasilkan bakat muda terbaik di Portugal.



Musim ini, pasukan utama Benfica memiliki tiga pemain yang telah melalui akademi remajanya: penjaring terbanyak Goncalo Ramos, yang menjaringkan hatrik Piala Dunia bagi Portugal menentang Switzerland tahun lepas; pemain pertahanan Portugal Antonio Silva dan pemain tengah Florentino.



Ketiga-tiga mereka membantu Benfica mencapai tangga pertama di liga Portugal pada masa ini dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, selepas menewaskan Club Brugge dengan agregat 7-1 dalam dua peringkat pada pusingan 15 terakhir.



"Kami semua suka memenangi trofi tetapi trofi sebenar kami, yang penting, melihat pemain remaja kami bermain dalam pasukan utama.



"Bukan hanya bermain dalam pasukan utama tetapi menunjukkan kualiti dan kapasiti untuk kekal di sana untuk jangka masa yang lama, menunjukkan mereka bersedia, bahawa mereka mempunyai kualiti, mentaliti, prestasi untuk berada pada tahap itu.



"Apabila itu berlaku, saya boleh berehat di sofa dan berkata kami telah mencapai misi kami," kata Mil-Homens.



Akademi Benfica mempunyai satu lagi objektif, iaitu untuk menghasilkan pemain yang boleh dijual pada harga tinggi untuk membiayai pembelian pemain berpengalaman.



Tahun lepas, CIES Football Observatory mengisytiharkan akademi Benfica paling menguntungkan di dunia, menjana 379 juta euro (£336 juta) sejak 2015. Real Madrid menduduki tempat kedua dengan 330 juta euro, dengan Monaco di tempat ketiga dengan 285 juta euro.



Pada 2019, Benfica menjual Joao Felix, yang hanya mempunyai satu musim penuh dalam pasukan utama, kepada Atletico Madrid untuk rekod kelab £115 juta.



Setahun kemudian, mereka mengaut £65 juta selepas menjual Ruben Dias, yang menyertai Benfica pada usia 13 tahun, kepada Manchester City.



Dias mempunyai tiga lagi alumni Benfica sebagai rakan sepasukannya di City - penjaga gol Ederson, pemain tengah Bernardo Silva dan pemain pertahanan Joao Cancelo - yang baru-baru ini dipinjamkan kepada Bayern Munich pada Januari.



Penjualan pemain tempatan adalah satu cara bagi Benfica menjana wang. Mereka telah menjana anggaran £1.14 bilion melalui penjualan pemain sepanjang dekad yang lalu.



Enzo Fernandez, yang menyertai Chelsea pada Januari untuk rekod Liga Perdana iaitu £106m, telah dibeli dari River Plate dengan hanya £15m pada musim panas lalu.



Kemudian ada Darwin Nunez, yang menyertai Benfica pada tahun 2020 dengan harga £21 juta dan pada tahun 2022 telah dijual kepada Liverpool pada harga £85 juta.



Salah satu faktor utama di sebalik kejayaan akademi Benfica adalah dapat menyelami anak muda dalam budaya kelab secepat mungkin.



Musim lalu, 70% pemain yang ditandatangani akademi itu berusia antara enam dengan 12 tahun.



Pada 2008, Benfica membuka empat akademi tambahan merentasi seluruh negara supaya pemain boleh menjadi sebahagian daripada kelab itu tanpa perlu berpindah ke Lisbon bersama keluarga mereka.



Benfica dan pasukan terkemuka Portugal yang lain juga mempunyai satu kelebihan yang tidak dimiliki oleh kelab Liga Perdana - peluang untuk melibatkan pemain muda dalam pasukan simpanan mereka di divisyen dua yang kompetitif.



Walaupun kelab Liga Perdana meminjamkan pemain muda mereka kepada kelab lain untuk memberi mereka pengalaman profesional, anak muda Benfica boleh memperolehi pengalaman di divisyen dua dengan pasukan B sambil masih berlatih dengan pasukan utama.



Adalah perkara biasa bagi pemain untuk bermain untuk pasukan bawah 19 tahun dalam liga remaja, pasukan B di divisyen kedua dan pasukan pertama, bersaing untuk gelaran liga utama, semuanya pada musim yang sama.



"Ini adalah kelebihan yang besar. Kami cuba menyesuaikan tahap latihan mengikut potensi pemain yang kami ada, jika tidak ia akan membuang masa untuk mereka.



"Pemain menyukai ini kerana mereka merasakan mereka bersaing, berlatih dalam persekitaran yang menawarkan mereka lebih banyak peluang, dan bukannya kekal dengan kumpulan umur mereka sahaja," kata Mil-Homens. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >