Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND: Saling bermasalah

Benteng Man U masih rapuh, Lingard perlu bangkit

Sep 19, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Skuad Manchester United terus menunjukkan peningkatan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, namun masih terdapat satu kelemahan yang masih wujud dan muncul kembali ketika perlawanan Rabu lalu.



Pasukan Red Devils memulakan kempen Liga Juara-Juara musim ini di Switzerland menentang Young Boys, tetapi tewas 1-2 selepas Aaron Wan-Bissaka diarah keluar padang selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-35.



Meskipun bersaing dengan hanya 10 pemain, United memulakan separuh masa kedua dengan yakin dan menggalakkan.



Persembahan mereka terjejas selepas Solskjaer mengambil keputusan menukar taktik dan terus bertahan bagi baki perlawanan.



Tidak dapat dinafikan benteng pertahanan United masih menjadi masalah sejak pengurus itu mengambil alih pada 2018.



Ia mungkin akan menjadi masalah utama pasukan itu apabila mereka berkunjung ke Stadium London bagi menentang West Ham malam ini.



Bekas pemain kelab itu, Gary Neville, pernah berkata bahawa benteng pertahanan United perlu diperbaiki jika mereka mahu terus memberi saingan sengit dalam merebut mahkota Liga Perdana England (EPL).



Ini setelah dua pemain pertahanannya, Victor Lindelof dan Harry Maguire tidak serasi.



"Masalah Lindelof ialah Maguire. Masalah Maguire pula ialah Lindelof.



"Jika anda meletak Lindelof bersama Virgil Van Dijk, mereka menjadi pasangan pemain pertahanan yang serasi.



"Namun masalah sekarang adalah beliau bermain disamping pemain yang tidak banyak bergerak ke hadapan," kata Neville.



Disebabkan itu, United telah mendapatkan tenaga pemain pertahanan berpengalaman, Raphael Varane dari Real Madrid untuk musim baru ini.



Dengan kehadiran pemain antarabangsa Perancis berusia 28 tahun itu, United berharap beliau dapat mengatasi kelemahan pasukan itu dan menggunakan kepantasannya untuk melakukan serangan balas pantas selepas bertahan.



Varane membuat penampilan sulungnya bersama United dalam saingan Liga Juara-Juara selepas waktu rehat, tetapi kehadirannya tidak cukup untuk memberi kesan dengan United menerima serangan bertubi-tubi dari pasukan tuan rumah yang terus mengasak benteng pertahanan mereka.



United hanya mampu mengelak gawang mereka daripada dibolosi sebanyak sekali dalam lima perlawanan sepanjang musim ini, ketika mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Wolverhampton bulan lalu.



United masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki kekurangan mereka di bahagian pertahanan, namun kecenderungan pengurus mereka untuk memastikan pemain mereka bertahan dan bermain di dalam petak sendiri perlu ditangani dengan segera.



Salah seorang pemain yang mendapat perhatian akibat kesilapannya yang menyebabkan kekalahan United di Switzerland adalah Jesse Lingard.



Menurut Solskjaer, pemain berusia 28 tahun itu 'perlu pulih dan bangkit' untuk menentang West Ham.



Lingard muncul sebagai pemain gantian pada minit ke-72, menggantikan Cristiano Ronaldo, yang telah meletak United di hadapan setelah menyempurnakan hantaran dari Bruno Fernandes.



Namun kesilapan pemain antarabangsa England itu pada minit-minit terakhir perlawanan membawa padah setelah penyerang Young Boys, Theoson Siebatcheu, mengambil kesempatan terhadap kesilapan hantaran Lingard.



Lingard menghidupkan kembali kerjayanya setelah dipinjamkan ke West Ham sepanjang musim lalu. Beliau berjaya menjaringkan sembilan gol dalam 16 penampilan.



Walaupun telah melakukan kesilapan besar, Solskjaer yakin Lingard tidak akan membiarkan kejadian tersebut menjejas persembahannya.



"Tidak ada seorang pemain bola yang suka melakukan kesilapan, tetapi itu merupakan sebahagian daripada perlawanan," kata pengurus United itu.



"Saya yakin beliau akan bangkit semula dan bersedia untuk perlawanan dengan West Ham nanti."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >