Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Benzema bantu Real julang piala

Aug 12, 2022 | 5:30 AM
JUARA: Real Madrid menang Piala Super Eropah selepas menewaskan Eintracht Frankfurt di Stadium Olimpik Helsinki, Finland. - Foto REUTERS
JUARA: Real Madrid menang Piala Super Eropah selepas menewaskan Eintracht Frankfurt di Stadium Olimpik Helsinki, Finland. - Foto REUTERS -

LONDON: Karim Benzema terus memburu trofi Ballon d'Or selepas menjaringkan gol ke-324 bagi juara Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid, untuk membantu kelab itu menewaskan juara Liga Europa Eintracht Frankfurt dan memenangi Piala Super Uefa di Helsinki semalam.

Real memenangi perlawanan itu 2-0, dengan David Alaba membuka tirai jaringan sebelum Benzema menggandakannya selepas waktu rehat.

Beliau kini penjaring gol kedua terbanyak bagi Real, di belakang Cristiano Ronaldo yang telah menjaringkan 450 gol.

Benzema, 34 tahun, antara pemain utama yang dijangka memenangi Ballon d'Or kali ini, yang diberikan kepada pemain bola sepak terbaik dunia.

Ketika Frankfurt tampak berbahaya terutama pada babak pertama, pengalaman Madrid dan kualiti individu memastikan kemenangan mereka sama seperti dilakukan ketika menang Liga Juara-Juara 2021-22.

"Ia bukanlah perlawanan yang mudah, mereka bertahan di kawasan sendiri, tapi kami dapat menjaringkan gol dan kami mengawal permainan selepas itu," kata pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti.

"Pada permulaan musim anda tidak boleh menjangkakan pasukan sudah berada di tahap 100 peratus, tapi kami menang dan kami memulakan musim dengan baik. Saya percaya ia boleh membantu kami mendapatkan keputusan lebih baik dan kemenangan memberi motivasi buat pemain." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg