Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Benzema dihukum jel dalam kes peras ugut video seks

Nov 26, 2021 | 5:30 AM
KARIM BENZEMA: Dituduh bersubahat dan memainkan peranan pihak tengah dalam percubaan memeras ugut seorang lagi pemain Perancis, Mathieu Valbuena. - Foto AFP
KARIM BENZEMA: Dituduh bersubahat dan memainkan peranan pihak tengah dalam percubaan memeras ugut seorang lagi pemain Perancis, Mathieu Valbuena. - Foto AFP -

MADRID: Penyerang Perancis dan Real Madrid, Karim Benzema, didapati bersalah bersubahat untuk memeras ugut seorang lagi pemain bola sepak Perancis berhubung rakaman video seks.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara satu tahun yang digantung dan mengarahkan pemain itu membayar denda 75,000 euro ($84,000).

Benzema, 33 tahun, salah seorang daripada lima orang yang dibicarakan bulan lalu atas tuduhan cuba memeras ugut Mathieu Valbuena.

Skandal itu menggegarkan masyarakat bola sepak Perancis apabila kes tersebut pertama kali terbongkar pada 2015, dan kededua pemain digugurkan daripada pasukan negara yang sedang menjalani kem latihan ketika itu.

Mahkamah diberitahu bahawa di kem tersebut Benzema mengenakan tekanan ke atas Valbuena supaya memberi wang kepada beberapa individu yang memeras ugut beliau.

Benzema dikatakan bersubahat dan memainkan peranan sebagai pihak tengah.

Pemain itu, bagaimanapun, menolak dakwaan tersebut dan menekankan bahawa beliau hanya mahu membantu Valbuena mendapatkan video itu dan memusnahkannya.

Kededua Benzema dan Valbuena tidak hadir di mahkamah di Versailles untuk mendengar keputusan hakim. Valbuena berada di Greece mewakili kelab Olympiakos.

Empat lagi individu turut didapati bersalah dalam perbicaraan itu dan dikenakan hukuman penjara antara 18 bulan dengan dua setengah tahun.

Peguam Benzema berkata pemain itu merancang membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg