Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Benzema sumbang dua gol atasi Borussia

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



MADRID: Karim Benzema menjaringkan dua gol menerusi tandukan untuk memastikan Real Madrid menempah tempat dalam pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara selepas mengecap kemenangan 2-0 ke atas Borussia Moenchengladbach, awal pagi semalam.



Kemenangan itu sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada jurulatihnya, Zinedine Zidane.



Juara 13 kali, Real memulakan saingan malam itu di kedudukan ketiga, dan mereka berdepan risiko untuk tidak layak daripada peringkat kumpulan buat pertama kali dalam sejarah dan turun ke saingan Liga Europa.



Namun mereka berjaya merubah nasib dengan mempamerkan aksi cemerlang di Stadium Alfedo di Stefano.



Madrid menamatkan saingan sebagai juara kumpulan dengan 10 mata, mengatasi naib juara Gladbach yang memungut lapan mata sekali pun tewas.



"Ia adalah perlawanan yang baik buat kami," kata Benzema kepada Movistar selepas perlawanan itu.



"Setiap perlawanan adalah aksi final dan saya fikir jika kami sentiasa beraksi seperti apa yang kami lakukan hari ini, tiada pasukan akan mengecewakan kami.



"Ini adalah perlawanan yang sangat sukar, kami bermula dengan baik dan dengan keinginan untuk menunjukkan bahawa kami adalah yang terbaik.



"Objektif kami adalah untuk menamatkan saingan di tempat pertama dan kami berjaya melakukannya," kata Zidane dengan penuh bangga.



Dalam aksi Kumpulan B yang lain, Inter Milan terpaksa 'gigit jari' apabila mereka disingkirkan daripada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut selepas seri tanpa jaringan berdepan Shakhtar Donetsk di San Siro.



Skuad kendalian Antonio Conte perlu menang untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir bersama Madrid.



Namun kelab Italy itu menamatkan saingan di tangga terbawah kumpulan dengan hanya satu kemenangan apabila mencatat kemenangan 3-2 mengatasi Borussia Moenchengladbach minggu lalu selain seri tanpa jaringan di Ukraine.



Inter Milan gagal mara ke pusingan kalah mati sejak musim 2011-2012.



Wakil Ukraine, turut tersingkir menamatkan saingan di tempat ketiga dan akan beraksi di Liga Europa bersama Inter Milan.



Skuad kendalian Conte satu-satunya pasukan dari Italy yang gagal mara ke pusingan kalah mati itu dengan Juventus, Atalanta dan Lazio telahpun menempah tempat mereka.



Sementara itu, Sergio Aguero berjaya mejaringkan gol selepas kembali beraksi susulan kecederaan ketika Manchester City mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Marseille untuk menyingkirkan wakil Perancis ke saingan Liga Europa.



City sudah mengesahkan tempat teratas dalam saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara dan Pep Guardiola mengambil peluang itu untuk merehatkan beberapa pemain utama menjelang kunjungan ke Manchester United bagi saingan Liga Perdana England (EPL), Sabtu ini.



Tetapi skuad simpanan City terbukti terlalu kuat buat Marseille, sekali gus terlepas peluang untuk memintas Olympiakos yang menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >