Berakhirnya era Messi dan Ronaldo?, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

Berakhirnya era Messi dan Ronaldo?

Jul 08, 2018 | 05:30 AM

PENYINGKIRAN Argentina dan Portugal dari peringkat awal Piala Dunia 2018 tidak boleh dianggap sebagai petanda mutlak era Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah berakhir secara mendadak.

Namun, peluang kededua pemain yang dianggap antara yang terhandal dalam kalangan pemain generasi mereka ini untuk memenangi Piala Dunia sebagai memahat kehebatan mereka bak telah terhapus.

Dari sudut fizikal, kededua pemain ini dijangka boleh mengekalkan prestasi dan kecemerlangan bagi sekurang-kurangnya satu dua musim lagi.

Malah, kededuanya, yang beraksi di Sepanyol masih berpeluang baik menjadi 'pichichi' atau penjaring gol terbanyak La Liga mahupun memenangi Ballon D' Or - anugerah pemain bola sepak terbaik dunia.

Namun, kededua Messi dan Ronaldo perlu menangani saingan daripada pemain-pemain lain yang kian berpengaruh di kelab masing-masing, seperti Neymar dan Kylian Mbappe (Paris Saint Germain, Mo Salah (Liverpool), Antoine Griezmann (Atletico Madrid) dan Philippe Coutinho (Barcelona).

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Faktor usia yang semakin meningkat

Kemuncak pemain dalam mencapai prestasi terhebat biasanya dalam lingkungan antara 27 hingga awal 30-an tahun.

Pada Piala Dunia akan datang seandainya negara kedua pemain ini layak, Lionel Messi akan berusia 35 tahun, manakala Cristiano Ronaldo 37 tahun!

Pada ketika itu, keupayaan kededua pemain ini bakal menurun sedikit, dan mereka mungkin mendapati sukar untuk kekal menjadi peneraju utama negara masing-masing.

Malah jika ianya berlaku, itu menunjukkan sesuatu yang kurang sihat bagi bolasepak Argentina dan Portugal kerana masih bergantung kepada pemain veteran sebagai tunggak.

Malah kemungkinan keduanya bersara sebelum Piala Dunia 2022 tidak dapat ditolak.

Messi contohnya, sebelum ini pernah mengumumkan persaraan dari medan antarabangsa selepas Copa America, tetapi menarik balik keputusannya itu kerana didesak menerajui Argentina dalam kelayakan Piala Dunia 2018.

Persaraan dari pasukan negara biasanya berlaku kerana pemain ingin memanjangkan kerjaya dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelab yang membayar gaji mereka.

Rakan sepasukan kurang handal

Rata-rata pengamat bolasepak bersetuju bahawa rakan sepasukan Messi dan Ronaldo tidak mempunyai kualiti yang diharapkan, dan jika adapun mereka tidak menyerlah seperti mana yang diharapkan.

Bintang Portugis lain seperti Ricardo Quaresma hanya menyerlah sekali sekali dan lebih banyak berada di bangku simpanan.

Manakala pemain lain seperti Adrien Silva, Goncalo Guedes, Bernardo Silva dan lain-lain juga kurang menyerlah.

Begitu juga dengan Argentina, di mana dengan Javier Macherano begitu mengecewakan dan kini sudah mengumumkan persaraan.

Manakala Gonzalo Higuain, Kun Aguero bersilih ganti mengisi bangku simpanan. Angel Di Maria pula tenggelam timbul dan cemerlang hanya beberapa ketika sahaja.

Bagi berjaya dalam pertandingan singkat seperti Piala Dunia, sesebuah pasukan memerlukan bukan hanya jurulath yang mantap malah pemain yang mempunyai kekuatan seimbang dan mampu bekerjasama, seperti yang ditunjukkan oleh Belgium atau Perancis.

Untuk meraih keputusan lebih baik di Piala Dunia 2022, Argentina dan Portugal bukan hanya perlu melahirkan bintang baru yang setanding dengan Ronaldo atau Messi, malah pemain yang serba berpengaruh.

Kepimpinan Messi / Ronaldo Serta Ego Masing-Masing

Setiap pemain yang hebat biasanya mempunyai ego yang besar dan bersikap bangga diri, dan mungkin, Messi dan Ronaldo tidak terkecuali.

Ronaldo contohnya akan menunjukkan wajah kebingitan jika bola tidak diumpan kepadanya dalam sesebuah permainan.

Begitu juga Messi, terdapat khabar angin bahawa beliau tidak mempunyai hubungan baik dengan Paulo Dybala, bintang Juventus yang juga bermain dalam posisi nombor 10, dan mungkin menjejas peluang Dybala beraksi.

Bagi Messi dan Ronaldo, setiap laluan ke pintu gol lawan mesti melalui mereka.

Namun dalam masa empat tahun akan datang, kesemua ini perlu berubah.

Jika ianya berterusan ketika Messi dan Ronaldo berusia 35-37 tahun (jika mereka masih terpilih), permainan pasukan masing-masing akan bergerak dalam tempo yang perlahan.

Sedangkan rentak bolasepak moden terutamanya di pentas Piala Dunia adalah sangat pantas.

Pengukur bintang sepanjang zaman setaraf Pele, Maradona atau Zinedine Zidane bukan sahaja diukur dalam persembahan di liga professional atau liga juara-juara, tetapi juga kemampuan memimpin pasukan menjuarai Piala Dunia.

Berdasarkan faktor usia dan kualiti pemain sedia ada, tidak keterlaluan dikatakan Piala Dunia 2018 di Russia merupakan peluang terakhir bagi Messi dan Ronaldo, sebagaimana bermulanya pengakhiran era mereka di peringkat kebangsaan.

*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map