Premium
Berdayakah Cavani selamatkan Red Devils?
Umur, kurang beraksi dek cedera cetus persoalan tentang keupayaan pemain terbaru Manchester United, tapi ego mungkin tidak benarkan beliau gagal
Oct 7, 2020 | 5:30 AM
APABILA kontrak Edinson Cavani tidak disambung Paris St-Germain Jun lalu, ia melabuhkan tirai ikatan tujuh tahunnya di ibu kota Perancis itu.
Ramai yang menjangka pemain asal Uruguay itu akan turut melabuhkan tirai kerjayanya dengan sebuah kontrak lumayan terakhir dan bermain di liga kurang kompetitif seperti di China, Amerika Syarikat atau Timur Tengah.

