Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF

Berdayakah Woods bangkit sekali lagi?

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



CALIFORNIA: Tiger Woods menempah nama bukan sebagai antara atlet terulung dalam sejarah sahaja, bahkan antara segelintir atlet yang berjaya bangkit selepas kerjaya gemilang menjadi mundur.



Sekarang Woods, 45 tahun, berdepan cabaran peribadi berjalan semula, melebihi keinginannya kembali ke padang golf.



Kerjayanya sebagai pemain golf profesional kini menjadi tanda tanya, selepas beliau mengalami kecederaan serius dalam kemalangan jalan raya di lereng bukit di selatan California.



Woods sekali lagi terlantar di katil hospital, selepas bangkit daripada empat pembedahan tulang belakang dan memenangi kejuaraan Major ke-15 pada 2019.



Kemenangan Woods di Kejohanan Masters di Augusta itu dianggap sebagai saat mercu tanda paling bemakna dalam kalangan pemerhati golf, kerana ia menandakan kebangkitannya selepas lama dirundung kecederaan dan masalah lain di luar padang.



Lebih 25 tahun selepas memukul bola golf sebagai profesional buat pertama kali, Woods masih dianggap sebagai antara atlet paling berpengaruh di planet ini.



Beliau hanya kurang tiga kejohanan Major daripada pemegang rekod Jack Nicklaus, yang juga warga Amerika Syarikat seperti Woods.



Ada orang berkata Nicklaus adalah pemain yang jauh lebih konsisten, tetapi tidak ramai boleh mempertikai Woods, di puncak keupayaannya, menghayun kayu golf lebih baik daripada ribuan pemain lain dalam sejarah.



Malah, mantan presiden Amerika Barack Obama, dalam satu pos di Twitter selepas berita kemalangan Woods menjadi tular, berkata:



"Sejarah memberitahu kita Tiger tidak pernah mengaku kalah."



Hujah Obama itu bernas.



Tekad Woods di padang golf tiada bandingnya, dan azam beliau membolehkan beliau memenangi lebih 100 kali di litar profesional, termasuk 82 kemenangan - satu rekod - di Tour PGA.



Namun, pada masa ini, ada keutamaan lain dalam hidup Woods - meneruskan hidup dan kembali cergas bagi anak-anaknya, sebagaimana dikatakan bintang bola keranjang Stephen Curry.



Bintang sukan lain juga telah berkongsi kata-kata perangsang buat Woods.



Bekas juara heavyweight tinju dunia Mike Tyson menggesa beliau supaya berjuang sebagai juara, sementara legenda tenis Serena Williams berkata beliau akan menyokong Woods sepanjang cabaran ini.



Begitu juga penyanyi Janet Jackson dan Mariah Carey, yang melontarkan kata-kata perangsang lain.



Malah, Nicklaus berkata Woods begitu penting bagi golf kerana beliau secara individu menaikkan nama sukan itu sebagai sukan khalayak ramai.



Ketiadaannya di Masters April ini akan dirasakan, meskipun beliau memang tidak dijangka beraksi selepas menjalani pembedahan tulang belakang Disember lalu.



Jika beliau tidak kembali ke padang selepas ini, warisan yang ditinggalkannya tidak akan dilupakan.



Golf dalam era moden wujud kerana beliau. Pemain golf dianggap sebagai atlet juga kerana beliau.



Perkara ini tidak berubah jika beliau memilih tidak menghayun kayu golf lagi dalam hidupnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >